Skip to content

10 Khasiat Lada Hitam Kepada Kesihatan

Tidak hanya digunakan sebagai bahan masakan, lada hitam juga telah digunakan sejak dahulu sebagai ubat kerana manfaat dan khasiat kesihatan yang dimilikinya. Artikel ini akan membincangkan beragam manfaat lada hitam yang baik untuk kesihatan.

Pengenalan

Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum, merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari keluargaPiperaceae berasal dari Kerala, India. Tumbuhan ini tersebar di kawasan-kawasan sekitar tropika.

Jenis lada dan serbuk yang dihasilkan darinya boleh diperoleh dalam pelbagai tahap kematangan buah yang hendak dipetik. Buah lada yang matang dan masak, dibiarkan terjemur kering lalu menghasilkan lada hitam.



Di Asia Tenggara, lada hitam dipercayai sudah tumbuh sejak 2,000 tahun lalu. Sudah berabad lamanya, masyarakat sudah menggunakan lada hitam dalam resepi masakan dan perubatan mereka. Pengeluar terbesar bagi lada hitam pula adalah Brazil, India, Indonesia, Malaysia, dan Vietnam.

Kandungan Nutrisi

Terdapat beberapa nutrisi yang terkandung dalam satu sudu teh (2.3g) lada hitam, iaitu:

Makronutrien

  • Karbohidrat: 1.47g
  • Protein: 0.239g
  • Kalori: 5.77g
  • Kalori: 5.77kcal

Mikronutrein

  • Vitamin E: 0.024mg
  • Vitamin C: 1.4mg
  • Vitamin K: 3.77mcg
  • Vitamin A: 12.6mcg.
  • Kalsium: 10.2mg
  • Zat Besi: 0.223mg
  • Kalium: 30.6mg
  • Magnesium: 3.93mg

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Kandungan Berkhasiat dalam Lada Hitam

Lada hitam cukup sinonim sebagai bahan untuk menambahkan rasa pedas pada masakan. Ternyata selain meningkatkan rasa makanan, rempah ini mengandungi bahan aktif yang menyihatkan tubuh. Piperine merupakan bahan aktif utama dalam lada hitam, sering disebut sebagai senjata ubat serba guna. Hal ini kerana sifat antioksidannya yang membantu dalam mengurangkan risiko pelbagai penyakit.



Tambahan pula, bahan-bahan pedas mempunyai kesan pemanasan, jadi rawatan Ayurveda menasihati mereka yang sering kedinginan untuk mengambil lebih banyak lada. Sifat panas dari lada hitam ini juga memberi manfaat untuk kesihatan secara umumnya.

10 Khasiat Lada Hitam Pada Kesihatan

1. Membantu melawan radikal bebas

Saban hari, kita terdedah kepada radikal bebas yang terdapat di kawasan persekitaran kita, seperti asap kereta dan sinaran matahari. Radikal bebas boleh merosakkan sel sihat seseorang, lalu meyebabkan peradangan, penuaan dan beberapa penyakit lain seperti kanser.

Lada hitam kaya dengan kandungan piperine yang bersifat antioksidan. Banyak kajian membuktikan diet yang tinggi dengan kandungan antioksidan mampu mengurangi kadar tindak balas radikal bebas dan melindungi sel sihat dengan lebih baik [1]. Jadi, dengan menambah atau mencampurkan lada hitam ke dalam masakan dan makanan kita, ia boleh membantu mambaiki kerosakan akibat radikal bebas, seterusnya mengurangkan risiko penyakit. Oleh itu, salah satu khasiat lada hitam adalah ia boleh mengurangkan radikal bebas

2. Bersifat anti- keradangan

Peradangan adalah tindak balas semulajadi yang biasa berlaku ketika sistem imun tubuh berusaha melawan jangkitan atau penyakit. Peradangan sebenarnya membantu agar badan kita dapat memperbaharui sel untuk pulih lebih cepat. Namun, apabila peradangan terjadi untuk jangka masa yang panjang, ianya boleh memacu perkembangan penyakit- penyakit lain seperti rheumatoid arthritis dan kanser.

Bahan aktif (piperine) yang terkandung dalam lada hitam terbukti efektif dalam melawan proses peradangan [2].

3. Meningkatkan kesihatan sistem pencernaan



Kajian menunjukkan bahawa lada hitam dapat meningkatkan bakteria baik dalam usus. Tambahan pula, dengan mengamalkan lada hitam, ia dapat merangsang pankreas dan usus untuk menghasilkan enzim [3]. Hal ini membantu proses pencernaan lemak dan karbohidrat menjadi lebih baik.

4. Membantu meningkatkan fungsi otak

Lada hitam merangsang laluan kimia di bahagian otak yang membantu meningkatkan daya ingatan dan fungsi kognitif. Terdapat kajian terhadap haiwan, menunjukkan bahawa piperine membantu dalam meningkatkan kesihatan otak. Kajian ini yang mengaitkan tindak balas tikus dengan penyakit Alzheimer, menemukan bahawa piperine dapat meningkatkan daya ingatan [4,5].

Namun masih banyak kajian diperlukan bagi membuktikan manfaat ini terhadap manusia secara khususnya.

5. Membantu mencegah kanser

Pada tahun 2016 dan 2018, terdapat kajian yang mengeluarkan hipotesis bahawa piperine dalam lada hitam memiliki sifat melawan kanser [6,7]. Selain itu, berdasarkan beberapa kajian lain, piperine jugadapat memperlambat perkembangan sel kanser payudara, dan kanser prostat [8,9]. Walaubagaimanapun belum ada kajian yang dilakukan terhadap manusia bagi membuktikan hipotesis ini.

6. Membantu badan berpeluh

Berpeluh merupakan satu proses membuang toksin dalam badan. Lada hitam pula mempunyai rasa pedas yang kuat dan bertindak sebagai diuretik, menggalakkan tubuh badan berpeluh dan menyingkirkan toksin yang berbahaya daripada badan.



7. Mengubati selesema dan batuk

Dalam perubatan tradisional India kuno, lada hitam digunakan untuk mengubati selesema dan batuk. Tak hanya itu, rempah ini juga dapat membantu meringankan kesan hidung tersumbat dan sinusitis. Tambahan pula, kahak dan hingus juga dapat dicairkan melalui rasa panas & pedas.

Cara yang disarankan untuk merawat batuk dan selesema adalah, taburkan sedikit lada hitam pada sup yang masih panas, kemudian dihirup kuahnya.

Artikel Berkaitan: Batuk dan Selesema

8. Mengawal kadar gula dalam darah

Sebuah kajian menunjukkan bahawa lada hitam mampu menjaga kadar gula darah dan meningkatkan metabolisma gula dalam darah [10]. Kajian terhadap mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, juga mendapati bahawa rintangan insulin mereka lebih baik setelah mengambil supplement yang mengandungi piperine dan beberapa bahan aktif yang lain [11].

Artikel Berkaitan: Punca Kencing Manis

9. Mengawal Tekanan Darah Tinggi



Bahan aktif piperine di dalam lada hitam mempunyai kemampuan melancarkan tekanan darah di dalam badan [12]. Kaya dengan sifat antioksidan, ia membantu mencegah darah tinggi dengan meningkatkan penyingkiran angin dan toksin dari badan.

Selain itu, lada hitam juga kaya dengan mineral yang penting seperti kalium dan zat besi. Mineral-mineral ini adalah elemen yang dapat merendahkan tekanan darah.

Punca utama darah tinggi adalah disebabkan oleh tahap sodium yang tinggi dalam badan, manakala  kalium yang terkandung di dalam lada hitam dapat mengurangkan kesan sodium yang tinggi dengan mengimbangkannya.

Artikel Berkaitan: Punca Darah Tinggi

10. Mencantikkan kulit muka

Penggunaan lada hitam dalam kecantikan begitu meluas. Ia bertindak merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan parut. Bagaimanapun, penggunaan lada hitam bukanlah setiap hari kerana ia boleh menyebabkan rasa panas.

Di samping itu, untuk mendapatkan kulit yang cantik dengan menanggalkan sel-sel kulit mati, juga merangsang peredaran oksigen, lada hitam boleh digunakan sebagai scrub untuk manfaat ini.

Dengan pelbagai manfaat kesihatan yang boleh didapati daripada lada hitam, dapatlah kita rumuskan bahawa lada hitam bukanlah sekadar rempah yang digunakan untuk menaikkan rasa hidangan. Tapi juga kaya dengan nutrisi penting yang baik untuk kesihatan.



Diharapkan Artikel Khasiat lada hitam hitam ini dapat memberikan maklumat kepada para pembaca berkenaan manfaat dan khasiat lada hitam.

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat LatokKhasiat Rumpai Laut
Khasiat SaffronKhasiat Manjakani
Khasiat HalbaKhasiat Kulit Kayu Manis
Khasiat TemulawakKhasiat Ubi Keledek
Khasiat Teh HijauKhasiat Bunga Telang
Khasiat Habbatus SaudaKhasiat Beras Perang
Khasiat TempeKhasiat Jintan Manis
Khasiat Lada HitamKhasiat Kopi
Khasiat Cuka EpalKhasiat Minyak Ikan
Khasiat Kacang KudaKhasiat Buah Pelaga

Rujukan

  1. Butt, M. S., Pasha, I., Sultan, M. T., Randhawa, M. A., Saeed, F., & Ahmed, W. (2013). Black pepper and health claims: a comprehensive treatise. Critical reviews in food science and nutrition53(9), 875–886.
  2. Kunnumakkara, A. B., Sailo, B. L., Banik, K., Harsha, C., Prasad, S., Gupta, S. C., Bharti, A. C., & Aggarwal, B. B. (2018). Chronic diseases, inflammation, and spices: how are they linked?. Journal of translational medicine16(1), 14.
  3. Platel, K., Rao, A., Saraswathi, G., & Srinivasan, K. (2002). Digestive stimulant action of three Indian spice mixes in experimental rats. Die Nahrung46(6), 394–398.
  4. Hritcu, L., Noumedem, J. A., Cioanca, O., Hancianu, M., Kuete, V., & Mihasan, M. (2014). Methanolic extract of Piper nigrum fruits improves memory impairment by decreasing brain oxidative stress in amyloid beta(1-42) rat model of Alzheimer’s disease. Cellular and molecular neurobiology34(3), 437–449.
  5. Chonpathompikunlert, P., Wattanathorn, J., & Muchimapura, S. (2010). Piperine, the main alkaloid of Thai black pepper, protects against neurodegeneration and cognitive impairment in animal model of cognitive deficit like condition of Alzheimer’s disease. Food and chemical toxicology: an international journal published for the British Industrial Biological Research Association48(3), 798–802.
  6. Zheng, J., Zhou, Y., Li, Y., Xu, D. P., Li, S., & Li, H. B. (2016). Spices for Prevention and Treatment of Cancers. Nutrients8(8), 495.
  7. Rather, R. A., & Bhagat, M. (2018). Cancer Chemoprevention and Piperine: Molecular Mechanisms and Therapeutic Opportunities. Frontiers in cell and developmental biology6, 10.
  8. Ba, Y., & Malhotra, A. (2018). Potential of piperine in modulation of voltage-gated K+ current and its influences on cell cycle arrest and apoptosis in human prostate cancer cells. European review for medical and pharmacological sciences22(24), 8999–9011.
  9. Do, M. T., Kim, H. G., Choi, J. H., Khanal, T., Park, B. H., Tran, T. P., Jeong, T. C., & Jeong, H. G. (2013). Antitumor efficacy of piperine in the treatment of human HER2-overexpressing breast cancer cells. Food chemistry141(3), 2591–2599.
  10. Panda, S., & Kar, A. (2003). Piperine lowers the serum concentrations of thyroid hormones, glucose and hepatic 5’D activity in adult male mice. Hormone and metabolic research = Hormon- und Stoffwechselforschung = Hormones et metabolisme35(9), 523–526.
  11. Rondanelli, M., Opizzi, A., Perna, S., Faliva, M., Solerte, S. B., Fioravanti, M., Klersy, C., Cava, E., Paolini, M., Scavone, L., Ceccarelli, P., Castellaneta, E., Savina, C., & Donini, L. M. (2013). Improvement in insulin resistance and favourable changes in plasma inflammatory adipokines after weight loss associated with two months’ consumption of a combination of bioactive food ingredients in overweight subjectsEndocrine44(2), 391–401.
  12. Hlavackova, L., Urbanova, A., Ulicna, O., Janega, P., Cerna, A., & Babal, P. (2010). Piperine, active substance of black pepper, alleviates hypertension induced by NO synthase inhibition. Bratislavske lekarske listy111(8), 426–431.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + nineteen =