Skip to content

10 Khasiat Teh Hijau Pada Kesihatan

Apakah khasiat teh hijau pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan khasiat teh hijau, kandungan nutrisi dan komponen sihat

Pengenalan

Teh hijau sering digelar sebagai salah satu minuman yang paling sihat untuk diamalkan setiap hari. Malah ianya juga sesuai untuk semua peringkat usia. Teh hijau ialah sejenis teh yang dihasilkan daripada daun spesies Camellia sinensis. Daunnya tidak melalui proses pelayuan dan pengoksidaan seperti yang digunakan untuk menghasilkan teh oolong dan teh hitam. Daunnya dipetik, dilayukan sedikit, kemudian segera dimasak untuk mengekalkan kualiti hijau dan mencegah pengoksidaan.

Teh hijau berasal dari China, namun pengeluarannya telah banyak tersebar ke kebanyakan negara di Asia. Teh hijau diproses dan ditanam dalam pelbagai cara bergantung kepada jenis teh hijau yang diingini. Daun-daunnya pula akan dikeringkan semula sepanjang tahun mengikut keperluan bagi memanjangkan jangka hayatnya serta meningkatkan rasanya



Kandungan Berkhasiat dalam Teh Hijau

Teh hijau memiliki sejumlah manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Bahan semulajadi ini memiliki berbagai kandungan baik seperti antioksidan, asam amino, polifenol, enzim serta variasi nutrien yang amat bermanfaat. Bahan-bahan bioaktif yang terdapat pada daun teh hijau kekal walaupun ia berubah menjadi air minuman. Jadi, air yang diminum mempunyai banyak nutrien penting yang wujud dalam daun teh yang asal.

Polifenol

Antaranya teh hijau mengandungi polifenol, sejenis antioksidan yang kuat. Sifat antioksidan sememangnya diketahui umum untuk mencegah dari pelbagai penyakit kronik. Teh hijau mengandungi polifenol seperti flavanol, flavandiol, flavonoid dan asid fenolik.

Walaubagaimanapun, majoriti polifenol dalam teh hijau ini ialah flavonol yang dipanggil sebagai katekin. Katekin inilah yang bertindak sebagai antioksidan utama dalam teh hijau. Ianya membantu dalam menghalang kerosakan sel.



Kafein

Teh hijau juga mengandungi kafein yang kita tahu bertindak sebagai stimulan. Kandungannya tidaklah sebanyak yang ditemui di dalam kopi tapi cukup untuk memberikan kesan positif terutamanya untuk meningkatkan fungsi otak.

L-theanine

Di samping itu, kandungan asid amino L-theanine  dalam teh hijau juga sangat bagus untuk kesihatan. Ianya dikaitkan untuk mengurangkan stress dan meningkatkan ‘mood’ seharian kita. Theanine boleh menyumbang kepada rasa tenang yang baik bagi mereka yang mengalami tekanan.

Kandungan Nutrisi

Rajah di bawah menunjukkan komposisi nutrisi untuk teh hijau

Makronutrien

  • Karbohidrat: 7%
  • Protein: 15%
  • Lemak: 7%

Lain-lain

  • Serat: 26%
  • Mineral: 5%
  • Sebatian Fenalok

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

10 Khasiat Teh Hijau pada Kesihatan

1. Memperkuat Sistem Imun



Katekin adalah subkategori flavonoid yang hadir dalam kepekatan yang tinggi dalam teh hijau. Terdapat empat katekin utama dalam teh iaitu epicatechin (EC), epicatechin-3-gallate (ECG), epigallocatechin (EGC), dan epigallocatechin-3-gallate (EGCG).

Komponen ini sememangnya memainkan peranan penting untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Ia bertindak sebagai pelindung terhadap bakteria dan virus. Malah, ianya juga mampu melawan virus yang menyebabkan influenza. Oleh itu, penyakit seperti selesema, batuk dan lain- lain boleh dielakkan dengan rutin meminum teh hijau.

2. Bersifat Antikanser

Seperti yang diketahui umum, radikal bebas boleh menjadi punca kepada beberapa jenis kanser. Senyawa katekin sekali lagi boleh meneutralkan radikal yang berbahaya ini. Ia menghentikan pembentukan karsinogen dan mengurangkan risiko kanser [1].

Teh hijau boleh menjadi penawar yang baik untuk mencegah kanser, terutamanya bagi individu yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser seperti pankreas, kolon dan payudara.

3. Menurunkan Kadar Kolesterol

Kolesterol jahat atau LDL boleh menyumbang kepada penyempitan saluran darah. Seiring waktu, kadar kolesterol LDL yang tinggi, membawa kepada risiko penyakit jantung yang termasuk salah satu penyebab kematian tertinggi di dunia.

Ada pendapat yang meyakini kandungan teh hijau bersifat alkali. Oleh itu, ianya memberi kesan yang efektif untuk menurunkan kadar kolesterol. Menurut satu analisis, sifat antioksidan yang tinggi dalam teh hijau, berjaya menurunkan paras kolesterol LDL dalam kalangan orang dewasa [2].



Selain itu, proses penghasilan teh hijau yang tidak terlalu panjang, menyebabkan teh hijau memiliki kandungan katekin yang membantu menurunkan kadar kolesterol tinggi.

Artikel Berkaitan: Punca Kolesterol Tinggi dan Rawatan

4. Mengurangkan Risiko Diabetes

Teh hijau berfungsi dengan baik bagi mencegah diabetes terutamanya diabetes jenis dua. Apabila memasuki badan, komponen teh hijau menggalakkan satu siri tindak balas untuk mengurangkan komplikasi rintangan insulin. Oleh itu, ia merendahkan tahap gula dalam darah.

Sebuah kajian meta- analisis mengaitkan hubungan antara teh hijau, gula dalam darah dan sensitiviti insulin untuk manusia. Para penyelidik kajian ini, mendapati sebuah hubung kait yang positif. Iaitu, teh hijau membantu menurunkan kadar glukosa dalam darah dan Hb A1C (ukuran purata kadar gula dlam tempoh 3 bulan sebelumnya).

Kajian lain yang dilaksanakan di Jepun menjumpai bahawa individu yang mengamalkan minum teh hijau memiliki 42% lebih rendah risiko terhadap diabetes [3].

Artikel Berkainta: Punca Kencing Manis

5. Baik untuk Kesihatan Jantung



Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam European Journal of Preventive Cardiology, teh dapat membantu mengurangi risiko penyakit jantung dan strok. Teh hijau terutamanya dapat meningkatkan kesihatan jantung secara signifikan sekiranya sering diamalkan sebagai minuman harian. Hal ini kerana jenis antioksidan yang dikandung oleh oleh teh hijau, kaya dengan polifenol.

Teh hijau memiliki komponen berbeza yang boleh menghalang penebalan pembuluh darah, lalu mengurangkan kebarangkalian mendapat penyakit arterosklerosis, sakit jantung dan strok.

Risiko terhadap sakit jantung berkait rapat dengan tahap kolesterol, kolesterol LDL dan trigliserida. Sebagai antioksidan yang kuat, minuman berkhasiat ini boleh meningkatkan kadar kolesterol baik, dalam masa yang sama menghalang kolesterol LDL daripada pengoksidaan, yang menjadi punca kepada penyakit jantung [4].

6. Membantu Menurunkan Berat Badan

Teh hijau memiliki pelbagai kompaun berkhasiat untuk kesihatan tubuh. Daun teh hijau sememangnya digemari oleh mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan. Salah satu komponen utama dalam teh hijau adalah kafein, yang mana sudah terbukti membantu meningkatkan metabolism badan. Bnayak kajian menunjukkan hal ini membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan prestasi senaman.

Kelebihan lain teh hijau adalah ia dapat membantu mengurangkan selera makan. Rasanya yang sedikit pahit, boleh mengurangkan rasa ‘cravings’ atau ketagihan manisan, tidak seperti minuman manis yang lain. Oleh sebab itu, seseorang mampu mengawal selera makan apabila menukar minuman manis dengan teh hijau tanpa gula.

7. Merangsang Fungsi Otak

Sama seperti kopi, teh hijau mengandungi kafein yang sering disebut stimulan. Kafein diketahui bermanfaat untuk meningkatkan fungsi otak seperti ‘mood’ dan memori. Hal ini sangat baik bagi mereka yang memerlukan daya fokus yang baik untuk melakukan kerja atau belajar.



Apa yang dilakukan kafein pada otak adalah menyekat tindak balas neurotransmitter adenosine. Dengan cara ini, ia meningkatkan kadar konsentrasi neurotransmiter lain seperti dopamin dan norepinefrin. Komponen kafein ini telah diakui memperbaiki dan meningkatkan fungsi otak secara konsisten.

Tambahan pula, kombinasi kafein dan theanine di dalam teh hijau membantu fungsi otak lebih baik dari tindak balas kopi. Banyak kaiian melaporkan, subjek kajian memiliki tenaga yang lebih stabil dan menjadi jauh lebih produktif ketika mereka minum teh hijau, dibandingkan dengan kopi [5].

8. Mencegah dari Penyakit Nyanyuk & Parkinson

Banyak kajian di makmal menggunakan haiwan menunjukkan kompaun katekin dalam teh hijau mempunyai kesan positif kepada otak dan mengurangkan risiko penyakit nyanyuk dan parkinson. Kandungan bioaktif dan katekin dalam teh hijau, dipercaya bermanfaat untuk melindungi otak, terutamanya bagi mereka yang telah berusia.

Dengan mengamalkan minum teh hijau, risiko untuk menghadapi Alzheimer dan penyakit Parkinson pun menjadi lebih kecil.

Artikel berkaitan: Punca Penyakit Parkinson dan Rawatan

9. Meningkatkan Ketumpatan Tulang

Terdapat sebuah penelitian yang menemukan manfaat terbaru dari amalan minum teh, adalah mampu mencegah risiko osteoporosis. Hal ini penting untuk dicegah di waktu tua terutama dalam kalangan wanita.



Penelitian oleh pegawai kesihatan di China. Mereka menemukan bahawa wanita yang rajin minum teh sebanyak 2-3 cawan sehari memiliki 37% kemungkinan lebih rendah untuk mengalami osteoporosis [6].

Teh hijau kaya dengan zat semula jadi yang disebut dengan flavonoid. Zat ini mampu mempercepat pertumbuhan tulang dan memperlambat kerapuhan tulang. Selain itu, fluorida, kalsium, dan mineral lainnya terbukti baik untuk kesihatan tulang.

10. Agen Anti-penuaan

Seperti yang kita ketahui, teh hijau kaya dengan kandungan antioksidan. Bahan ini berperanan penting untuk meneutralkan radikal bebas akibat situasi seharian kita, seperti radiasi UV, asap, dan pencemaran.

Teh hijau juga dilimpahi dengan komponen asam amino dan katekin, juga merupakan antioksidan yang kuat. Kandungan istimewa di dalam teh hijau ini, mampu mencegah tanda penuaan seperti kerutan, garis halus, bintik hitam, dan warna kusam pada kulit. Hal ini disebabkan oleh berbagai faktor seperti tekanan dan pendedahan kepada radikal bebas.  Bahan fitokimia yang terkandung di dalam teh hijau dipercayai dapat meningkatkan penghasilan kolagen. Zat ini merupakan protein penting untuk menjaga keanjalan kulit [7].

Oleh kerana itu, produk perawatan dan kecantikan kulit ekstrak teh hijau sering digunakan untuk mengatasi dan mencegah masalah kulit sekaligus melambatkan proses penuaan. Kesimpulannya, menjaga tabiat pemakanan sebaiknya adalah kunci kepada kesihatan yang baik. Manakala amalan minum teh hijau merupakan salah satu tabiat atau rutin yang baik untuk dijadikan sebahagian dari diet seharian kita. Untuk mendapatkan khasiat yang maksimum dari teh hijau, sebaiknya tidak perlu menambahkan gula atau susu ke dalam secawan teh. Minumlah teh hijau tanpa gula sebagai minuman utama setiap hari untuk kesihatan optimum.

Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat LatokKhasiat Rumpai Laut
Khasiat SaffronKhasiat Manjakani
Khasiat HalbaKhasiat Kulit Kayu Manis
Khasiat TemulawakKhasiat Ubi Keledek
Khasiat Teh HijauKhasiat Bunga Telang
Khasiat Habbatus SaudaKhasiat Beras Perang
Khasiat TempeKhasiat Jintan Manis
Khasiat Lada HitamKhasiat Kopi
Khasiat Cuka EpalKhasiat Minyak Ikan
Khasiat Kacang KudaKhasiat Buah Pelaga

Rujukan



  1. Fujiki, H., Watanabe, T., Sueoka, E., Rawangkan, A., & Suganuma, M. (2018). Cancer Prevention with Green Tea and Its Principal Constituent, EGCG: from Early Investigations to Current Focus on Human Cancer Stem Cells. Molecules and cells41(2), 73–82.
  2. Zheng, X. X., Xu, Y. L., Li, S. H., Liu, X. X., Hui, R., & Huang, X. H. (2011). Green tea intake lowers fasting serum total and LDL cholesterol in adults: a meta-analysis of 14 randomized controlled trials. The American journal of clinical nutrition94(2), 601–610.
  3. Iso, H., Date, C., Wakai, K., Fukui, M., Tamakoshi, A., & JACC Study Group (2006). The relationship between green tea and total caffeine intake and risk for self-reported type 2 diabetes among Japanese adults. Annals of internal medicine144(8), 554–562.
  4. Pang, J., Zhang, Z., Zheng, T., Yang, Y. J., Li, N., Bai, M., Peng, Y., Zhang, J., Li, Q., & Zhang, B. (2015). Association of green tea consumption with risk of coronary heart disease in Chinese population. International journal of cardiology179, 275–278.
  5. Mancini, E., Beglinger, C., Drewe, J., Zanchi, D., Lang, U. E., & Borgwardt, S. (2017). Green tea effects on cognition, mood and human brain function: A systematic review. Phytomedicine : international journal of phytotherapy and phytopharmacology34, 26–37.
  6. Li, X., Qiao, Y., Yu, C., Guo, Y., Bian, Z., Yang, L., Chen, Y., Yan, S., Xie, X., Huang, D., Chen, J., Chen, Z., Lv, J., Li, L., & China Kadoorie Biobank Collaborative Group (2019). Tea consumption and bone health in Chinese adults: a population-based study. Osteoporosis international : a journal established as result of cooperation between the European Foundation for Osteoporosis and the National Osteoporosis Foundation of the USA30(2), 333–341.
  7. Rutter, K., Sell, D. R., Fraser, N., Obrenovich, M., Zito, M., Starke-Reed, P., & Monnier, V. M. (2003). Green tea extract suppresses the age-related increase in collagen crosslinking and fluorescent products in C57BL/6 mice. International journal for vitamin and nutrition research. Internationale Zeitschrift fur Vitamin- und Ernahrungsforschung. Journal international de vitaminologie et de nutrition73(6), 453–460.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 5 =