Permakanan

10 Khasiat Jering Pada Kesihatan Badan

khasiat jering djengkol

Apakah khasiat jering pada kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan khasiat jering, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalam makanan ini.

Pengenalan

Jering atau nama saintifiknya Pithecellobium jiringa merupkan tumbuhan daripada keluarga Fabaceae (kekacang). Dikenali juga sebagai Archidendron jiringa, ia popular dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara dan sering dijadikan ulam dalam hidangan. Jering boleh dimakan mentah, direbus atau ditumis dan dimakan bersama nasi. Jering dikenali dengan nama-nama lain mengikut negara-negara berbeza seperti jengkol di Indonesia, da nyin thee di Myanmar, dan luk neang di Thailand.

Jering berasal daripada pokok jering yang tumbuh di hutan dan boleh juga ditemui di kawasan kampung. Buahnya tergantung dari dahan membentuk pod yang melingkar dan mengandungi 3 hinggi 9 biji. Buah yang masak mempunyai kulit luar berwarna ungu keperangan dan biji berwarna merah keperangan. Selain dijadikan ulaman, jering sejak dahulu lagi telah digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit dan gejala.

Kandungan Nutrisi

Jering kaya dengan pelbagai makronutrien dan mikronutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan. Berikut merupakan kandungan nutrisi dalam setiap 100 gram hidangan jering.

NutrienSetiap 100 gram
Tenaga (kcal)140
Protein (g)6.3
Lemak (g)0.1
Karbohidrat (g)28.8
Kalsium (mg)29.0
Zat besi (mg)0.9
Fosforus (mg)45.0
Vitamin B1 (mg)0.65
Vitamin C (mg)24.0

Kandungan Berkhasiat

1. Methyl gallate

Methyl gallate merupakan salah satu daripada kumpulan asid fenolik, iaitu fitikomia tumbuhan yang dipercayai bertanggunjawab terhadap pelbagai manfaat kesihatan. Kajian yang dijalankan untuk mengkaji fitokimia jering dan aktiviti antioksidanya menunjukkan bahawa jering mengandungi sebatian fenolik aktif dalam bentuk methyl gallate. Ia menunjukkan aktiviti antioksida yang tinggi dan merupakan sumber antioksida semula jadi yang baik. Methyl gallate mempunyai pelbagai ciri-ciri biologi yang memberi kesan terhadap tubuh termasuklah melawan virus herpes simplex, mencegah keradangan dan jangkitan kuman, dan mencegah barah.

2. Anthocyanin

Anthocyanin merupakan sebatian fenolik dalam kumpulan flavonoid yang bertanggungjawab dalam pertumbuhan tanaman dan melindungi daripada serangga perosak, patogen, atau pemangsa. Selain melindungi tumbuhan, anthocyanin juga dipercayai mempunyai ciri perlindungan dan pencegahan daripada penyakit. Kajian menunjukkan anthocyanin mempunyai bebebrapa manfaat kesihatan seperti vasoprotective (mencegah keadaan atau penyakit yang mempengaruhi saluran darah seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi), kesan antikanser, anti-radang dan chemoprotective (mengurangkan kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat kemoterapi).

10 Khasiat Jering Pada Kesihatan Badan

1. Manfaat Antioksida

Jering mengandungi kandungan fitokimia yang tinggi berpotensi sebagai antioksidan semula jadi. Kajian mendapati ekstrak ethanol dan hydro-ethanol daripada jering menunjukkan kehadiran asid fenolik, flavonoid, terpenoid and alkaloid dalam kedua-dua ekstrak tersebut. Selain itu, satu kajian lain yang dijalankan ke atas dua jenis jaring menunjukkan (jering gajah dan padi) kedua-duanya berpotensi sebagai antioksidan yan kuat kerana mengandungi sejumlah vitamin C, vitamin E, anthocyanin dan tannin.

Antioksida berperanan dalam melindungi diri daripada kerosakan oksidatif. Ia berpunca daripda ketidakseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan dalam badan yang boleh mengakibatkan kerosakan sel. Walaubagaimanpun, dengan kehadiran antioksidan, ia membantu melambatkan atau menghalang kerosakan sel dengan menyumbangkan elektron kepada radikal bebas untuk meneutralkannya.

2. Mencegah Kanser

Kajian mendapati jering mengandungi bahan yang berkesan yamg dapat digunakan dalam rawatan kanser. Dalam satu kajian, aktiviti antikanser telah diksesan melalui ekstrak ethanol daripada fragmen polifenol setiap bahagian jering, iaitu kulit, lapisan biji dan biji. Uji kaji ini telah dijalankan ke atas sel kanser paru-paru dan juga payudara. Hasil kajian mendapati fragmen polifenol daripada jering boleh menyebabkan lebih 50% kematian sel pada kedua-dua sel kanser tersebut.

Selain itu, fragmen polifenol juga memberi kesan kepada morfologi sel kanser termasuklah penyusutan sel, kerosakan membran sel, pemeluwapan kromatin dan pemecahan nucleus sel. Ciri-ciri apoptosis ini menyerupai kebanyakan terapi kanser yang mempengaruhi kematian sel dan kemerosotan sel kanser.

3. Sifat Antidiabetik

Kajian mendapati jering berupaya untuk mengurangkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes. Uji kaji yang dijalankan ke atas tikus dengan pemberian jering selama 15 minggu menunjukkan peningkatan yang positif terhadap selera makan, berat badan, status tekanan oksidatif terhadap organ, dan sel islet langerhans yang aktif  (sel pankreas yang bertanggungjawab dalam penghasilan dan rembesan hormon yang mengawal kadar glukosa darah).

Artikel Berkaitan: Simptom dan Tanda Kencing Manis Berserta Rawatan

4. Aktiviti Antimikrob

Ekstrak methanol daripada daun, pod dan biji jering menunjukkan adanya aktiviti antimikrob dan antifungal terhadap 10 jenis mikroorganisma yang diuji. Ia bermaksud jering berupaya melawan serangan bakteria, fungi dan yis yang boleh membahayakan kesihatan. Hasil kajian mendapati aktiviti antimikrob dapat dilihat melalui penghambatan pertumbuhan patogen jahat. Ia menyebabkan kerosakan kepada morfologi sel yang akhirnya menyebabkan kematian mikroorganisma tersebut.

5. Menghalang Pertumbuhan Salur Darah Baru

Angiogenesis ialah proses fisiologi pembentukan salur darah baharu yang terbentuk daripada salur darah yang sedia ada. Ia merupakan proses yang normal untul pertumbuhan dan penyembuhan. Namun, pembentukan salur darah yang berlebihan boleh menjadi risiko kepada penyakit kanser.

Percambahan sel barah dipengaruhi oleh bekalan darah yang mencukupi, membolehkan penghantaran oksigen dan nutrien ke yang diperlukan oleh sel kanser. Kajian menunjukkan ekstrak ethanol daripada jering mempunyai sifat antiangiogenesis yang menghalang percambahan sel kanser dan ini sangat dipengaruhi oleh kandungan polifenol dalam jering.

6. Merawat Ulser Peptik

Hasil kajian mendapati ekstrak ethanol daripada jering mempunyai kesan gastroprotektif, yang berupaya mengatasi kerosakan permukaan mukosa dinding perut. Jering mengandungi bahan-bahan yang dapat merawat luka pada perut. Ia juga berpotensi untuk mengekalkan jumlah mucus di dinding perut yang menjadi penghalang dan melindungi dinding perut daripada asid dan enzim pencernaan yang boleh merosakkan. Selain itu, uji kaji tersebut juga menunjukkan peningkatan dalam jumlah superoksida dismutase (SOD), sejenis enzim yang bertanggungjawab dalam melindungi mukosa dinding perut dan usus.

Artikel Berkaitan: Tanda-tanda Anda Mengalami Ulser Perut dan Rawatan

7. Mengurangkan Risiko Anemia

Jering merupakan sumber zat besi yang bagus yang merupakan eemen penting dalam penghasilan darah dalam badan. Anemia menjadi punca badan letih dan lemah disebabkan oleh kekurangan sel darah merah yang menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan. Tubuh memerlukan zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin ialah protein dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke organ dan tisu badan dan membawa karbon dioksida dari organ dan tisu kembali ke paru-paru. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan sel-sel darah mati dan oksigen tidak dapat dihantar ke seluruh badan.

Artikel Berkaitan: Tanda-tanda Kekurangan Sel Darah Merah dan Rawatan

8. Tulang yang Sihat

Jering kaya dengan nutrien yang penting untuk tulang yang sihat termasuklah kalsium dan fosforus. Mineral tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus yang penting untuk menyokong pertumbuhan dan pemeliharaan tulang. Kalsium dan fosforus bekerjasama untuk menjaga tulang anda sihat dan kuat. Jumlah kalsium dan fosforus dalam badan bertindak balas dengan cara yang bertentangan. Apabila kalsium dalam darah meningkat, fosfat akan menurun, dan sebaliknya. Kekurangan kedua-dua nutrien ini boleh membawa kepada penyakit tulang seperti riket dan osteomalacia.

9. Merawat Masalah Sembelit

Jering mengandungi sejumlah besar serat dan polisakarida bukan selulosa (NCP) yang boleh membantu melegakan sembelit. Menurut kajian, NCP berpotensi meningkatkan peristalsis usus dan melembutkan najis yang seterusnya dapat mencegah sembelit dan masalah yang berkaitan seperti buasir.

Artikel Berkaitan: Masalah Sembelit dan Rawatan

10. Sumber Protein Sayuran

Jering merupakan sumber protein sayuran yang baik di mana kandungan protein dalam buah jering adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kandungan protein dalam tempe. Protein ialah nutrien utama uyang sangat pentingntuk membina tulang dan tisu badan. Protein terdapat pada seluruh badan termasuklah otot, tulang, kulit, rambut dan hampir setiap bahagian badan yang lain. Selain itu, protein juga terlibat dalam pelbagai fungsi dan sistem badan seperti pembentukan enzim dan hormon, dan juga fungsi imun.

Banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji komponen-komponen yang terdapat dalam jering dan kaitannya dengan kesihatan manusia. Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, telah terbukti jering mengandungi pelbagai nutien dan fitokimia tumbuhan yang membantu dalam kesihatan manusia. Namun, perlu diingatkan bahawa pengambilan jering dalam diet harian perlulah dalam jumlah yang terkawal. Ini kerana selain nutrient dan fitomia tumbuhan, jering juga mengandungi toksik yang boleh membahayakan kesihatan. Kandungan asid djenkolic dalam jering boleh mengakibatkan djenkolisme, keracunan akibat memakan jering yang boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang. Pemakan jering dinasihatkan untuk meminum air secukupnya untuk membuang toksik tersebut dari badan.

Rujukan

  1. Archidendron jiringa (Jack) Nielsen. (2020, April 20). Retrieved March 16, 2020, from Flora & Fauna Web
  2. Hamidun Bunawan, Lukas Dusik, Siti Noraini Bunawan, & Noriha Mat Amin. (2013). Botany, Traditional Uses, Phytochemistry and. Global Journal of Pharmacology, 7(4), 474-478.
  3. Muhammad Wa’iz. (2020, July 1). Jering dan Kandungan Asid Djenkolik yang Dimilikinya. Retrieved March 16, 2021, from Hello Doktor
  4. N Hidayah, R Lubis, & Nurhaita. (2020). Comparison of Vitamin, Anthocyanin, and Bioactive Compounds from Gajah and Padi Jengkol (Archidendron jiringa) Peel as Potential Natural Antioxidants. International Conference: Improving Tropical Animal Production for Food Security (pp. 1-6). Orlando: IOP Publishing
  5. Nahdzatul Muslim, & Amin Malik Shah Abdul Majid. (2010). ithecellobium Jiringa: A Traditional Medicinal Herb. Webmed Cenral, 1(12).
  6. Nahdzatul Syima Muslim, Zeyad D Nassar, Abdalrahim FA Aisha, Armaghan Shafaei, Norshirin Idris, Amin Malik Shah Abdul Majid, & Zhari Ismai. (2012). Antiangiogenesis and antioxidant activity of ethanol extracts of Pithecellobium jiringa. BMC Complementary and Alternative Medicine, 12, 210-220.
  7. Ruzilawati Abu Bakar, Imran Ahmad, & Shaida Fariza Sulaiman. (2012). Effect of Pithecellobium jiringa as antimicrobial agent. Bangladesh Journal of Pharmacology, 7, 131-134. doi:10.3329/bjp.v7i2.10973
  8. Yanti, Hartanto, A., Wulandari, Y., & Suhartono, M. T. (2016). Polyphenol fractions of Pithecellobium jiringa cause cell mortality via attenuating matrix metalloproteinase expression in lung and breast cancer cells in vitro. International Food Research Journal, 23(2), 592-598.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *