Skip to content

Pening Kepala: Punca, Tanda dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah pening kepala berserta rawatannya?

Artikel ini akan membincangkan secara lengkap berkenaan masalah pening kepala, jenis-jenisnya berserta rawatan yang boleh dilakukan.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Simptom Pening Kepala
  3. Punca Pening Kepala
  4. Faktor Risiko
  5. Ujian Mengesan Punca
  6. Rawatan

Pengenalan


Pening kepala adalah suatu simptom yang akan dihadapi oleh kebanyakkan orang. Pening kepala adalah satu istilah yang digunakan untuk mengambarkan rasa tidak sedap dibahagian kepala seperti terawang-awang, rasa berpusing yang juga boleh menyebabkan badan tidak stabil untuk berjalan.



Simptom yang menyebabkan rasa pemandangan yang berpusing dipanggil sebagai Vertigo. Rawatan masalah ini bergantung kepada punca masalah tersebut. Ia boleh jadi sesuatu yang biasa dan tidak perlukan sebarang rawatan ataupun sesuatu yang serius hingga perlu dirujuk kepada doktor pakar.

Simptom dan Tanda Pening Kepala


Mereka yang mengalami simptom ini selalunya akan mengambarkan masalah ini seperti:

  • Merasakan keadaan sekeliling berpusing (Vertigo)
  • Kepala terasa ringan ataupun rasa ingin pengsan
  • Rasa badan tidak stabil ketika berjalan ataupun berdiri
  • Rasa kepala terawang-awang

Perasan ini mungkin akan menjadi semakin teruk bila berjalan, berdiri ataupun menggerakkan kepala. Masalah ini boleh berlaku selama beberapa saat ataupun berlaku berhari-hari.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Pening Kepala


Pening kepala mempunyai pelbagai punca termasuk masalah telinga bahagian tengah, mabuk laut dan kesan daripada pengambilan ubat.



Ciri-ciri pening kepala itu sendiri adalah penting untuk membezakan punca kepada masalah tersebut.

1. Masalah pada bahagian dalam telinga

Kestabilan badan ketika berjalan ataupun berdiri bergantung kepada beberapa organ deria yang akan menghantar maklumat tersebut kebahagian otak. Organ tersebut adalah:

  • Mata
  • Saraf deria
  • Bahagian dalam telinga: yang akan mengesan pergerakan ke atas, ke bawah, ke depan, ke belakang dan juga berpusing. Oleh sebab itulah, jika kita tutup mata ketika naik kereta, kita masih akan merasakan kereta itu bergerak ke hadapan.

Masalah dalam bahagian telinga akan menyebabkan vertigo iaitu keadaan yang merasakan dirinya seolah sedang berpusing sedangkan pada ketika pesakit tidak berpusing. Beberapa keadaan yang menyebabkan vertigo adalah:

Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV): Keadaan ini berlaku ketika mana berlakunya perubahan pada posisi kepala seperti berpusing dengan terlalu cepat. BPPV merupakan keadaan yang selalu menyebabkan masalah vertigo

Jangkitan kuman: jangkitan kuman pada saraf yang menghantar maklumat daripada bahagian telinga akan menyebabkan masalah vertigo yang berterusan. Masalah ini dipanggil sebagai labyrinthitis

Meniere’s Disease: Ia melibatkan penghasilan penghasilan cecair dibahagian dalam telinga yang akan menyebabkan beberapa jenis simptom seperti vertigo dan telinga berdesing

2. Masalah pada peredaran darah



Anda mungkin akan mengalami masalah ini jika pesakit mengalami kekurangan darah.

  • Tekanan darah rendah: Tekanan darah yang rendah boleh menyebabkan kurangnya darah yang dipam ke bahagian otak. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu pening kepala ataupun pengsan. Terdapat juga mereka yang pening kepala jika bangun daripada duduk dengan cepat. Perkara ini dipanggil sebagai ‘Orthostatic hypotension’
  • Penyakit: Penyakit lain seperti serangan sakit jantung, ritma jantung tidak normal ataupun cardiomyopathy boleh menyebabkan kurangnya darah dipam kebahagian otak

3. Punca-punca lain yang menyebabkan pening kepala

  • Masalah saraf: Penyakit Parkinson’s dan Multiple sclerosis
  • Ubat: Ubat ubat seperti ubat tahan sawan, ubat anti-depressi dan sesetengah ubat tahan sakit boleh menyebabkan masalah ini
  • Kurang darah merah (anemia)
  • Kurang gula dalam darah (hypoglycemia
  • Dehidrasi (kekeringan)

Punca kepada masalah pening kepala secara ringkas adalah:

VertigoJangkitan kuman dalam Telinga
Tekanan Darah yang RendahAnemia
Sakit JantungPenyakit Parkinson
Multiple SclerosisDehidrasi
HypoglycemiaMeniere’s Disease

Faktor Risiko


Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh membuatkan seseorang pening kepala. Ia adalah:

  • Umur: umur yang meningkat boleh meningkatkan risiko untuk seseorang itu mengalami masalah ini.
  • Pernah mengalami episod pening kepala

Ujian Mengesan Punca


Selalunya apabila berjumpa dengan doktor, soalan yang akan ditanya adalah adakah ia pening kepala ataupun sakit kepala ataupun kedua-duanya sekali. Penting untuk membezakan kedua-dua perkara ini kerana punca kepada perkara tersebut adalah berbeza

Selepas anda memberitahu anda pening kepala, doktor akan bertanyakan kepada anda adakah pening kepala itu seperti pemandangan yang berpusing ataupun kepala rasa ringan dan terawang.

Jika anda mengatakan pemandangan rasa berpusing selalunya anda mengalami keadaan yang dipanggil sebagai vertigo. Jika rasa terawang, kepala rasa ringan ataupun nak pengsan, ianya adalah disebabkan perkara lain.

Jika pesakit mengalami simptom vertigo, doktor akan melakukan satu ujian dimana ia akan melihat sama pergerakan ujian mata. Jika mata pergerakkan mata bergerak-gerak ke kiri dan kanan ketika mengikut arahan doktor, bermakna pesakit mungkin mempunyai masalah vertigo



Pesakit yang mengalami masalah vertigo perlulah diperiksa telinganya untuk melihat keadaan telinga pesakit. Manakala pesakit yang mengalami pening tetapi bukan disebabkan vertigo perlu memeriksa beberapa perkara seperti:

  • Tekanan darah
  • Electrocardiogram (ECG) untuk melihat keadaan gelombang jantung
  • Bilangan sel darah merah
  • Bacaan gula

Rawatan Pening Kepala


Pening kepala selalunya boleh baik dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan terutamanya masalah pening yang tidak serius.

Rawatan kepada masalah ini juga bergantung kepada punca pening kepala tersebut sebagai contoh jika seseorang itu mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Ia perlulah diberikan ubat untuk menambahkan sel darah tersebut. Ini adalah punca berserta rawatan yang selalunya diberikan kepada pesakit:

1. Vertigo

Selalunya vertigo berlaku dalam waktu yang singkat dan baik dengan sendirinya. Tetapi jika ia berterusan, terdapat ubat yang boleh diberikan kepada pesakit

Ubat yang selalu diberikan adalah prochlorperazine(Stemetil). Jika ubat ini tidak boleh menghentikan masalah Vertigo ini, selalunya pesakit akan diberikan ubat yang lebih berkesan Betahistine(betaserc).

2. Kurang Darah Merah(Anemia)

Ubat tambah darah seperti tablet zat besi untuk menambahkan sel darah merah. Jika anemia tersebut disebabkan pendarahan dalam perut, masalah tersebut perlu diselesaikan untuk mengelakkan anemia berlaku.



3. Hypoglycemia

Hypoglycemia atau kurang gula dalam darah boleh dirawat dengan memberikan minuman atau gula terus kepada pesakit. Jika gula terlalu rendah, maka pesakit perlu diberikan air gula(yang khas) terus ke dalam saluran darahnya.

4. Dehidrasi

Mereka yang mengalami pening ketika dehidrasi perlulah meminum air yang lebih. Ini bagi menggantikan air yang telah hilang daripada badan. Jika keadaan pesakit terlalu teruk, pesakit boleh dimasukkan ke dalam hospital dan pemberian air boleh diberikan terus ke dalam salur darah pesakit.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Benjolan KetiakPening kepala
Kaki BengkakSakit Leher
Kentut VaginaKerap Kentut
Mata KaburSesak Nafas
Kaki KejangKaki Kebas
Badan LemahKaki Tangan Sejuk
Sakit RusukSakit Otot
Mata BengkakPerut Berangin
Benjolan di LeherLeher Hitam
Kulit Gatal

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Marx JA, et al., eds. Dizziness and vertigo. In: Rosen’s Emergency Medicine: Concepts and Clinical Practice. 8th ed. Philadelphia, Pa.: Mosby Elsevier; 2014. Clinicalkey.com . Accessed June 23, 2015.
  2. Kim JS, et al. Benign paroxysmal positional vertigo. New England Journal of Medicine. 2015;370:1138.
  3. Tucci DL. Dizziness and vertigo. Merck Manual Professional Version. Accessed June 23, 2015.
  4. Dizziness and motion sickness. American Academy of Otolaryngology — Head and Neck Surgery. Accessed June 23, 2015.
  5. Branch WT, et al. Approach to the patient with dizziness. -Uptodate.com Accessed June 23, 2015.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 2 =