Kanser Limfoma adalah kanser yang berlaku dalam sistem limfa manusia. Sistem limfa mempunyai saluran limfa dimana di dalamnya terdapat cecair limfa yang bergerak kepada kalenjar limfa.
Didalam kalenjar limfa pula, terdapat sel darah putih yang akan membunuh bakteria ataupun virus yang terdapat dalam cecair limfa.
Cecair limfa merupakan cecair yang terhasil ketika darah melalui kapilari darah. Plasma darah akan keluar daripada kapilari darah memasuki ruang diantara sel. Cecair diantara sel inilah yang akan memasuki saluran limfa bergerak melalui kalenjar limfa dan akhir sekali masuk ke dalam saluran darah semula.
Para pengkaji sudah mendapati terdapat lebih daripada 70 jenis kanser limfoma. Limfoma boleh memberi kesan kepada semua bahagian sistem limfa seperti:
- Sumsum tulang
- Limpa
- Tonsil
- Kalenjar limfa
- Thymus
Secara asasnya limfoma dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Hodgkin’s Lymphoma dan Non-Hodgkin’s lymphoma.
Punca kanser limfoma
Kanser adalah disebabkan sel badan yang membahagi secara tidak terkawal. Kebanyakan sel kanser mempunyai kitaran hidup yang sekejap dan kemudian mati.
Akan tetapi bagi kanser limfoma, sel tersebut semakin membiak dan merebak ke organ lain berbanding mati. Punca utama kepada masalah ini masih tidak diketahui. Tetapi terdapat faktor risiko yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku:
1. Non-Hodgkin’ Lymphoma
Beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan limfoma jenis ini adalah:
- Sistem imun yang lemah: Penyakit yang menyebabkan sistem imun menjadi lemah seperti HIV ataupun pengambilan ubat untuk melemahkan sistem imun boleh menyebabkan penyakit limfoma ini
- Penyakit autoimun: Sesetengah penyakit autoimun seperti Systemic Lupus Erythematosus, Rheumatoid arthritis, psoriasis dan selainnya menigkatkan risiko masalah ini
- Umur: Mereka yang berumu 60 tahun ke atas mempunyai risiko yang tinggi
- Jantina: Kaum wanita lebih ramai menghadapi masalah ini berbanding lelaki
2. Hodgkin’s lymphoma
Beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan limfoma jenis ini adalah:
- Umur: Mereka yang berumur di antara 20-30 tahun dan yang lebih 55 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding orang lain
- Jantina: Lelaki selalu mendapat kanser jenis ini
- Sejarah keluarga: Mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser ini akan mempunyai risiko yang lebih tinggi
- Infectious mononucleosis: Jangkitan Epstein Barr virus yang menyebabkan mononucleosis selalunya akan meningkatkan risiko penyakit ini.
Simptom kanser limfoma
Limfoma pada awalnya mungkin tidak mempunyai simptom. Tetapi simptom yang terawal akan didapati adalah pembesaran kalenjar limfa.
Pesakit akan merasakan terdapat benjolan kalenjar limfa dikebanyakan tempat seperti:
- Bahagian leher
- Benjolan Ketiak
- Kelangkang
- Perut
Beberapa simptom kanser limfoma yang lain adalah:
- Sakit tulang
- Batuk berpanjangan
- Badan Lemah
- Limpa yang membesar
- Kerap demam
- Demam yang berpanjangan
- Berpeluh malam
- Sesak nafas
- Berat badan turun mendadak
- Kulit gatal
Berbanding simptom lain, bengkak kalenjar limfa dikebanyakkan tempat merupakan salah satu simptom yang perlu dikenalpasti.
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Ujian Pemeriksaan
Terdapat beberapa ujian yang perlu dilakukan oleh pesakit:
1. Biopsi
Ujian ini melibatkan pengambilan sel pada kawasan yang disyaki mengalami kanser tersebut.
Dalam limfoma ini, biopsi yang selalu dilakukan adalah pada kalenjar limfa bagi mengesan sama ada terdapat sel kanser pada kawasan tersebut ataupun tidak.
2. Pengimejan
X-ray ataupun CT-scan boleh dilakukan jika pesakit telah disahkan mengalami limfoma. Ia perlu untuk melihat sama ada kanser tersebut sudah merebak ke tempat lain ataupun tidak.
Jenis limfoma
Seperti yang telah dibincangkan diatas, terdapat 2 jenis limfoma yang utama iaitu Hodgkin dan non-hogkin.
1. Non-Hodgkin’s lymphoma
Ia merupakan jenis limfoma yang paling kerap berlaku berbanding yang lain. Terdapat beberapa jenis yang lain dibawah kategorin ini seperti:
- B-cell lymphoma
- T-cell lymphoma
- Burkitt’s lymphoma
- Follicular lymphoma
- dan banyak lagi
2. Hodgkin’s lymphoma
Jenis-jenis lymphoma nya adalah:
- Lymphocyte depeleted Hodgkin’s disease
- Lymphocyte rich Hodgkin’s disease
- Mixed cellularity Hodgkin’s lymphoma
- dan banyak lagi
Rawatan
Rawatan untuk kanser ini adalah bergantung kepada tahap kanser tersebut. Ia memerlukan pelbagai disiplin perubatan seperti Hematologist(Pakar darah), Oncologist(Pakar kanser, Pathologist dan sebagainya.
Rawatan tersebut mungkin melibatkan:
- Kemoterapi: Penggunaan ubat untuk membunuh sel kanser
- Radioterapi: Menggunakan gelombang radioaktif untuk membunuh sel kanser.
- Stem cell transplantation: Dos kemoterapi yang tinggi boleh merosakkan sumsum tulang. Ini menyebabkan sumsum tulang tidak mampu menghasilkan sel darah. Manakala, stem cell transplantation pula boleh merawat masalah ini.
Masalah Kanser yang lain
Rujukan:
- Cancer stat facts: Hodgkin lymphoma. (n.d.). – cancer.gov
- Hodgkin lymphoma risk factors. (2017). cancer.org
- Hodgkin lymphoma subtypes. (n.d.). – LLS
- Lymphoma. (n.d.). NIH
Salam doctor. Saya berusia 27 tahun. Saya dapati leher saya ada benjolan di leher di bahagian (superficial cervical) awal december 2023. Benjolan ini keras, tidak bergerak, dan tidak sakit. Besar anggaran 1cm. Adakah ini benjolan biasa doctor? Benjolannya timbul secara tiba tiba. Terima kasih doctor.
waalaikumsalam. Selalunya doktor akan suspek jangkitan bakteria kalau bengkak di bahagian kalenjad limfa di kawasan cervical dan mulakan pengambilan antibiotik. Jika bengkak tersebut masih ada, ia perlu dirujuk ke bahagian pembedahan supaya sample daripada bengkak tersebut boleh diambil. Daripada situ, kita baru boleh tahu punca bengkak tersebut.