Skip to content

10 Cara Hilangkan Jerawat Badan yang Mudah

Apakah cara untuk hilangkan jerawat badan? Artikel ini akan membincangkan cara untuk menghilangkan jerawat badan yang mudah

“ Jerawat dan jeragat bukan sahaja boleh terbentuk terhad pada permukaan wajah sahaja, ia juga boleh terjadi pada kawasan badan terutamanya di bahagian belakang. ”

Kawasan badan seperti dada, leher, bahu lengan dan belakang juga boleh menjadi tempat bagi terbentuknya jerawat. Selalunya ia lebih ketara di bahagian belakang badan.



Anda tidak perlu cepat khuatir jika mengalaminya kerana ia tidak membawa apa-apa mudarat terhadap kesihatan diri. Malah, kebanyakkan individu juga turut menghadapi masalah yang sama baik bagi kalangan remaja atau dewasa.

Mengenal pasti punca-puncanya membantu dalam usaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Faktor-Faktor Jerawat Badan

Pada permukaan bahagian kulit terdapat liang-liang roma di seluruh kawasan tubuh. Ia mengandungi kalenjar-kalenjar yang mengeluarkan minyak dan dalam dunia perubatan ia digelar sebum.

Antara situasi yang menyebabkan terbentuknya jerawat adalah apabila berlakunya penghasilan minyak yang berlebihan, ia menyebabkan liang-liang roma tersebut tersumbat.

Pengumpulan sisa-sisa lapisan kulit yang mati juga turut menyumbang ke arah kondisi ini. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kawasan-kawasan yang terkesan dijangkiti kuman lalu menyebabkan saiz jerawat menjadi lebih besar.



Antara sebab terjadinya jerawat badan adalah :

  • Berlakunya pergeseran dan tekanan yang kerap pada lapisan kulit
  • Mengenakan pakaian-pakaian yang ketat
  • Pemakaian yang mempunyai ruang pengudaraan yang kurang

Hal-hal seperti ini meningkatkan risiko penggeseran dan tekanan terhadap kulit. Pemakaian yang menyebabkan peluh berlebihan juga merupakan salah satu punca jerawat badan kerana ia mampu memberikan kesan iritasi dan menyebabkan terjadinya keradangan.

10 Tips Hilangkan Jerawat Badan

Terdapat banyak cara untuk hilangkan jerawat badan baik dari segi perubatan, gaya hidup dan pemakaian.

1. Pakaian Yang Mempunyai Fabrik Yang Baik

Elakkan dari memakai pakaian yang ketat dan kasar. Jenis fabrik yang baik untuk elakkan jerawat adalah yang diperbuat daripada kapas ( cotton ). Ia memberikan pengudaraan yang baik lalu mengurangkan peluh.

Teksturnya yang lembut pula berkesan dalam mengurangkan pergeseran dan tekanan terhadap kulit.

2. Mandi Setelah Berpeluh

Keadaan permukaan kulit yang lembap akibat peluh memberikan ruang dan peluang yang baik bagi pertumbuhan jerawat. Dengan memastikan anda mandi sebaik sahaja lepas melakukan aktiviti-aktiviti yang berpeluh seperti bersukan dan sebagainya mampu mengelakkan hal ini dari terjadi.



3. Krim Pelembap

Kulit secara semula jadi melembapkan permukaannya melalui pengeluaran sebum. Oleh itu penggunaan krim pelembap yang sesuai dengan kulit anda membantu dalam mengurangkan pengeluaran sebum secara berlebihan.

Ini dapat mengelakkan liang-liang roma tersumbat yang merupakan punca utama pembentukkan jerawat.

4. Chemical Peel

Kaedah ini menggunakan melibatkan teknik pengelupasan kulit. Anda disarankan untuk mendapatkan khidmat rawatan ini melalui doktor-doktor yang bertauliah sahaja walaupun terdapat banyak pusat-pusat rawatan kecantikan yang menawarkan servis ini.

Agresif dan pantas. Itu adalah konsep yang diterapkan dalam rawatan ini. Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk :

  • Glycolic Acid
  • Salicylic Acid
  • Trichoroacetic Acid

Walaupun ia agak agresif namun ia membuahkan hasil seperti jerawat kering dengan cepat.

Anda boleh mengadakan sesi perbincangan dengan Pakar Perunding Dermatologi dahulu bagi mendapatkan info lebih tentangnya.



5. Membuang jerawat

Rawatan ini pula mengaplikasikan metod picitan pada jerawat agar ia terkeluar dari kalenjar. Walaupun peralatannya dapat diperolehi melalui laman sesawang namun, ia memerlukan kepakaran dalam pelaksanaannya agar membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Selain itu, kesan parut turut akan terjadi apabila ia tidak dilakukan dengan betul. Pada kebiasaannya anda akan diberikan rawatan terlebih dahulu sebelum prosedur Extraction dilakukan.

Ini memudahkan pengeluaran jerawat tersebut dari kalenjar. Rawatan tersebut mungkin dijalankan selama 2 minggu.

6. Menjaga Pemakanan

Diet pemakanan juga memainkan peranan penting bagi mengatasi jerawat.

Anda digalakkan untuk :

  • Minum air bersih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari yanng bersamaan dengan 1.5 – 2 Liter sehari
  • Memperbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan anda
  • Pengambilan makanan yang tinggi kandungan Omega 3 seperti ikan Salmon, Tenggiri dan Kembung Besar.
  • Makanan yang berserat tinggi seperti ubi, kekacang dan whole grain/whole wheat.

7. Menggunakan Produk Pencuci



Anda perlu pastikan produk pencuci yang digunakan mengandungi bahan – bahan yang mampu menyelesaikan masalah liang-liang roma tersumbat dengan mengeluarkan sisa-sisa kulit mati dan sebum darinya.

Antara contoh bahan-bahan yang berkesan dalam hal ini adalah :

  • Glycolic Acid
  • Bertindak mengeluarkan sel-sel mati yang tersumbat.
  • Lactic Acid
  • Befungsi dalam memberikan kelembapan pada lapisan kulit dan mengeluarkan sel-sel mati.
  • Ia adalah sejenis produk yang dihasilkan daripada susu haiwan
  • Asid Salicylic           
  • Menggalakkan pembentukkan sel-sel baru selain mengeluarkan sel-sel mati.
  • Ia adalah sejenis asid yang diperbuat daripada kulit kayu willow tree.
  • Phlorogine
  • Mempunyai ciri anti-sebum dan merupkan sejenis rumpai laut.
  • Dengan ciri yang dimilikinya pengeluaran minyak daripada kalenjar-kalenjar dapat dikurangkan.

8. Membersihkan Ruang Tidur

Tempat tidur merupakan kawasan yang terkumpulnya sel-sel kulit yang telah mati, debu-debu dan bakteria. Samada bantal, katil dan sebagainya anda perlu membersihkannya secara berkala agar dapat mengelakkan jerawat dari terjadi disebabkannya.

9. Membersihkan Telefon

Sedar atau tidak telefon merupakan salah satu alat yang sering terjadinya pertumbuhan bakteria. Ia boleh merebak ke bahagian badan melalui tabiat menggaru atau sentuhan dari tangan kita apabila ia tidak dibersihkan dengan kerap.

10. Benzoyl Peroxide

Akhir sekali, anda juga boleh menggunakan ubat-ubat krim yang mengandungi bahan seperti Benzoyl Peroxide untuk mengatasi masalah jerawat badan.



Kesimpulannya jerawat badan ini boleh diatasi dengan pelbagai cara samada alami atau rawatan doktor. Apa yang penting dalam mana-mana kaedah anda perlu pastikan anda ketahui dengan terperinci kelebihan dan kekurangannya.

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Sumber :

  1. Rahsia Jerawat Terbongkar – Dr Hasseenah Hassan
  2. Back acne and Body Acne – Very Well Health
  3. 6 Ways To Prevent Body Acne – Dermalogica
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 5 =