Skip to content

Rasa Loya: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada rasa loya dan rawatan yang boleh dilakukan?

Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan masalah ini serta rawatan yang anda boleh cuba.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Rasa Loya
  3. Bilakah perlu berjumpa Doktor?
  4. Rawatan Rasa Loya

Pengenalan


Rasa loya boleh membuatkan seseorang berasa tidak selesa dan agak tertekan. Apabila mengalami rasa loya, anda mungkin mula memikirkan makanan yang telah anda makan, atau mungkin anda tertanya-tanya tentang kitaran haid terakhir anda kerana getar jika anda hamil? Jika anda yakin anda tidak hamil dan tidak memakan makanan yang tercemar, anda mungkin mempunyai andaian “Mengapakah saya sering berasa loya?”.



Loya bermaksud rasa sensasi tidak senang dan tidak selesa di dada, perut dan tekak serta diikuti dengan keinginan untuk muntah. Ternyata, banyak perkara yang menyebabkan seseorang merasa loya, selain daripada makan makanan tercemar dan kehamilan. Artikel ini akan menerangkan beberapa sebab utama yang mungkin menyebabkan anda sering berasa loya serta cara untuk merawatnya.

Punca Rasa Loya


1. Kehamilan

Mabuk ketika hamil atau lebih popular dikenali sebagai morning sickness sangat biasa berlaku kepada 70-80% wanita hamil. Banyak kajian yang mengaitkannya dengan perubahan hormon yang berlaku khususnya pada trimester awal kehamilan.

2. Keracunan makanan

Makanan yang tercemar selalunya mempunyai toksin, virus atau bakteria. Apabila termakan, sistem imun badan akan memproses isyarat bahawa terdapat “racun” yang perlu dirembeskan daripada badan dengan membuat seseorang berasa loya dan ingin muntah bagi membuang makanan tercemar tersebut keluar daripada badan. Masalah ini adalah Keracunan makanan



3. Gastrik

Penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan gastrik (perut) yang disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori. Sehubungan dengan perubahan bentuk mukosa gastrik itu akan menyebabkan rasa mual.

4. Refluks asid perut(Gastroesophageal Reflux Disease-GERD)

GERD terjadi apabila asid perut mengalir kembali ke kerongkong selepas proses pencernaan makanan berlaku sehingga menyebabkan rasa loya. Sesetengah individu mungkin juga mengalami rasa masam dalam mulut mereka kesan dari pembalikan asid perut tersebut.

5. Kesan sampingan ubat-ubatan

Rasa loya merupakan kesan sampingan ubat yang sangat lazim terjadi seperti ubat kemoterapi dan ubat tahan sakit. Dalam kes ini, loya berkait rapat dengan keupayaan ubat untuk diserap ke dalam badan. Selain itu, interaksi ubat juga boleh menyebabkan mual, terutamanya jika anda mengambil beberapa ubat dalam satu masa. Dan kadang-kadang bahan tidak aktif dalam ubat boleh membuatkan seseorang berasa mual.

6. Migrain

Rasa loya yang disebabkan oleh migrain masih tidak difahami sepenuhnya. Walaubagaimanapun, ada kajian mengatakan bahawa loya yang diikuti dengan muntah adalah reaksi badan untuk menghilangkan rasa sakit migrain itu.



7. Vertigo

Vertigo merupakan gejala yang membuatkan anda atau sekeliling anda terasa sedang berputar. Ia dapat dibahagikan kepada dua iaitu jenis vertigo iaitu:

  • Vertigo periferi (Peripheral vertigo) : Masalah pada bahagian telinga yang menganggu keseimbangan hingga boleh menyebabkan rasa loya. Contohnya ialah radang di dalam telinga.
  • Vertigo central : Masalah pada bahagian otak yang mengawal fungsi keseimbangan iaitu bahagian cerebellum. Puncanya adalah seperti tumor cerebellum dan angin ahmar.

8. Serangan jantung

Semasa serangan jantung, sel otot jantung yang mati akan melepaskan beberapa jenis kompaun dari sel jantung. Saraf-saraf di bahagian jantung kemudian merangsang sistem pencernaan kita untuk muntah.

9. Mabuk perjalanan (motion sickness)

Mabuk perjalanan ialah satu tindak balas normal disebabkan pergerakan seperti perjalanan di dalam kereta atau bot yang memakan tempoh masa yang lama

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bilakah perlu berjumpa doktor?


Berikut merupakan beberapa gejala yang perlu anda berwaspada dan segera berjumpa doktor jika anda mengalami bersama simptom loya:

  • Muntah melebihi 24 jam.
  • Timbul gejala dehidrasi, seperti rasa haus yang berlebihan, bibir dan mulut menjadi kering, buang air kecil hanya sedikit, air kencing berwarna gelap, mata tampak cekung, pusing atau pening sehingga sukar berdiri dan berjalan, serta jantung berdebar dan sesak nafas.
  • Ada darah dalam muntah sama ada berwarna merah terang atau menyerupai warna kopi.
  • Sakit di bahagian dada atau perut.
  • Sakit kepala yang kuat atau leher rasa lenguh.
  • Demam panas.
  • Berasa hampir tidak sedarkan diri
  • Penglihatan kabur.

Rawatan Rasa Loya


Terdapat beberapa cara untuk merawat masalah ini bergantung kepada punca-puncanya.



1. Ubat-ubatan

Jika pesakit mengalami masalah GERD atau gastrik, pesakit boleh diberikan ubat untuk mengalkalikan bahagian perut ataupun ubat untuk mengurangkan asid perut. Ubat-ubatan seperti ini mampu merawat masalah GERD dan gastrik jesteru mengurangkan rasa loya

Jika pesakit mengalami simptom muntah, pesakit boleh diberikan ubat tahan muntah seperti metoclopramide.

2. Penghidratan

Jika pesakit mengalami dehidrasi disebabkan rasa loya dan muntah-muntah, air yang secukupnya perlu diberikan sama ada minum air seperti biasa ataupun disuntik terus masuk ke dalam salur darah

3. Elakkan ubat-ubatan yang menyebabkan rasa loya

Terdapat beberapa jenis ubat seperti ubat kemoterapi dan ubat tahan sakit yang menyebabkan masalah ini berlaku. Jika tiada keperluan, cuba elakkan ubat ini terlebih dahulu.

Pembacaan bagi masalah yang lain



Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Gastritis menyebabkan loya dan cara menghilangkannya. – Gastritis July. (n.d.).
  2. Dr Willy, T. (2020, January 16). Mual – Gejala, Penyebab dan Cara Mengubati. Dr Savitri – Dokter Umum, T., & Joseph, N. (2019, October 29). 7 Penyebab Perut Mual yang Paling Sering Terjadi.
  3. Nausea – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 3 =