Skip to content

12 Cara Hilangkan Sakit Pinggang dengan Mudah

Adakah anda atau orang sekeliling anda sering mengadu tentang masalah sakit pinggang atau sakit belakang? Apakah punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan ini? Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui cara yang boleh dilakukan untuk hilangkan dan mengurangkan rasa sakit pinggang.

Pengenalan

Sakit pinggang boleh terjadi kepada semua individu tanpa mengira peringkat usia. Kajian menunjukkan bahawa 10% hingga 31% individu di negara maju mengalami masalah sakit pinggang. Di Malaysia, sakit pinggang merupakan salah satu keluhan yang kerap diterima oleh pakar perubatan di Klinik Kesihatan dan prevalens warga Malaysia mengalami masalah ini adalah sebanyak 12%.

Sakit pinggang boleh menyebabkan rasa tidak selesa serta mengganggu aktiviti harian seseorang. Beberapa keadaan yang mengakibatkan rasa sakit pinggang termasuklah kecederaan, faktor umur, aktiviti lasak serta kesan sampingan ubat-ubatan.



Namun begitu, pengambilan ubat tahan sakit seperti Acetaminophen atau Ibuprofen sedikit sebanyak mampu mengurangkan rasa sakit pinggang.

Cara Hilangkan Sakit Pinggang

Selain itu, anda juga boleh mencuba beberapa tips di bawah untuk membantu mengurangkan rasa sakit. Antaranya ialah:

1. Melakukan senaman

Anda mungkin berasa sangat sukar untuk melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan apabila sakit pinggang menyerang. Tetapi, aktiviti ringan seperti berjalan kaki, yoga, senaman air dan aktiviti berimpak rendah sebenarnya dapat membantu mengurangkan rasa sakit pinggang kerana senaman ini mampu melonggarkan otot yang tegang, seterusnya merembeskan hormon endorfin yang berfungsi sebagai ubat penahan sakit semulajadi.

Anda juga boleh mencuba untuk memulakan aktiviti senaman secara harian, termasuklah latihan kekuatan (strength training) bagi mengekalkan otot yang fleksibel dan kuat. Senaman yang dilakukan secara rutin dapat mencegah sakit pinggang yang disebabkan oleh otot yang tegang.



2. Guna tuam panas dan tuam sejuk

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan haba panas dan sejuk merupakan kaedah yang efektif untuk menghilangkan rasa sakit pinggang. Tuam sejuk adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan sakit dan bengkak jika anda menggunakannya sejurus selepas kecederaan seperti ketegangan otot. Ia juga memberi rasa kebas bersifat sementara kepada individu yang mempunyai sakit pinggang yang kuat dan secara tiba-tiba.Namun, anda dinasihatkan untuk menggunakan tuam sejuk tidak melebihi 20 minit pada satu masa.

Selain itu, tuam panas juga dapat melegakan rasa sakit pinggang. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati semasa penggunaannya agar kulit tidak melecur. Jika tuam panas tidak ada, anda boleh menggunakan botol atau kain yang suam sebagai pengganti.

Beli Beg Air Panas untuk Tuam di sini

3. Regangan

Berikut merupakan beberapa contoh regangan yang boleh anda cuba untuk mengurangkan rasa sakit pinggang. Setiap regangan perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 30 saat atau selama yang anda rasa selesa.

Sentuh ibu jari kaki

Cobra Pose



Cat-Cow Pose

cara hilangkan sakit belakang

Child’s Pose

4. Sapukan krim ubat tahan sakit

Terdapat pelbagai ubat tahan sakit di farmasi yang dapat memberikan kelegaan kepada masalah sakit pinggang. Krim yang mengandungi capsaicin, sejenis bahan yang boleh dijumpai dalam cili juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit. Satu kajian juga menunjukkan bahawa capsaicin sangat berguna untuk merawat osteoarthritis.

Selain itu, krim tahan sakit yang mengandungi menthol mempunyai kesan penyejukan yang boleh merawat rasa sakit pinggang buat sementara waktu. Satu penyelidikan yang dilakukan telah membuktikan bahawa penggunaan menthol pada kulit mampu untuk menyahsensitif receptor sakit dalam badan. Walaupun begitu, penggunaan menthol secara terlalu banyak boleh mengakibatkan seseorang menjadi lebih sensitif terhadap rasa sakit.

Beli Krim Menthol untuk sakit pinggang di sini

5. Tukar kasut kepada yang lebih sesuai

Memakai kasut yang tidak sesuai atau kasut yang tidak memberi sokongan pada bahagian kaki akan menyebabkan ketegangan otot ketegangan terutamanya di bahagian belakang, kaki dan leher. Misalnya, kasut tumit tinggi boleh mengakibatkan sakit belakang kerana ia memberi kesan kepada posture badan yang normal.



Satu kajian mendapati ada kaitan antara memakai kasut bertumit tinggi untuk jangka masa panjang dengan mengalami sakit belakang. Tetapi, memakai kasut yang terlalu rata pula tanpa mempunyai tapakk kasut yang mengikut struktur kaki juga boleh memberi tekanan kepada kaki serta pinggul. Sekiranya anda mengalami sakit belakang yang berulang, anda boleh cuba untuk menukar kasut yang lebih sesuai yang dapat menyokong kaki anda.

6. Melakukan perubahan di tempat kerja

Postur badan yang tidak betul seperti membongkok semasa di tempat kerja boleh juga menyebabkan sakit pinggang serta otot. Anda boleh cuba untuk menggunakan ergonomik tempat kerja bagi membantu mengurangkan rasa sakit. Sebagai contoh, pastikan skrin komputer berada pada paras mata dan kerusi berada pada paras ketinggian yang betul. Selain itu, adalah lebih baik jika anda menggunakan troli atau meminta pertolongan semasa mengangkat objek yang berat.

7. Dapatkan tidur yang cukup

Satu penyelidikan menunjukkan bahawa gangguan tidur akan memburukkan lagi keadaan sakit pinggang. Kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi tahap kesakitan yang dialami oleh seseorang individu. Selain dari itu, tilam yang tidak selesa, saiz bantal yang tidak sesuai atau waktu tidur kurang daripada 7 jam (bagi orang dewasa) boleh mencetuskan rasa sakit pinggang.

Keselesaan dan postur badan yang betul semasa tidur sangat penting untuk kualiti tidur yang baik serta dapat membantu mengelakkan rasa sakit pinggang pada waktu pagi. Pastikan bantal anda dapat menyokong bahagian belakang dan leher anda berada dalam postur lurus. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya masalah kurang tidur mengganggu aktiviti seharian. Rehat yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit pinggang dan meningkatkan kesihatan seseorang secara keseluruhan.

8. Urus atau kurangkan tekanan

Tekanan boleh mengakibatkan ketegangan otot dan kekejangan yang menyakitkan, termasuk di bahagian belakang. Sekiranya tekanan jangka panjang atau kejadian trauma yang menyebabkan sakit belakang, anda boleh mencuba teknik menghilangkan tekanan, seperti:



9. Tarik nafas dalam

Menarik nafas dengan dalam serta menghembusnya untuk beberapa minit akan membantu menenangkan tindak balas tekanan terhadap badan.

10. Melonggarkan otot secara progresif

Ini melibatkan tegangan dan regangan otot badan, dengan memberi fokus kepada satu kumpulan otot pada satu masa. Anda boleh mencubanya dengan memulakan postur baring menghadap atas, dan bergerak ke bahagian bahu secara beransur-ansur.

11. Imej berpandu

Kaedah ini melibatkan fokus kepada gambaran mental tertentu untuk mewujudkan perasaan santai. Satu kajian mendapati bahawa imej dan muzik berpandu membantu mengatasi tekanan kronik yang berkaitan dengan pekerjaan.

12. Yoga

Yoga memberi fokus lebih kepada postur dan cara pernafasan untuk menenangkan diri, terutamanya apabila dipraktikkan secara teratur. Satu tinjauan juga mendapati bahawa yoga adalah salah satu cara terbaik bagi pengurusan tekanan secara berkesan.



Anda juga boleh menggunakan aplikasi telefon pintar yang sedia ada untuk belajar teknik relaksasi dan meditasi.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bilakah perlu berjumpa doktor?

Masyarakat sering mendapatkan rawatan sakit pinggang melalui rawatan di rumah. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sakit pinggang atau belakang yang kronik, eloklah jika anda mendapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.

Doktor mungkin akan mengesyorkan terapi fizikal, ubat-ubatan atau rawatan lain, bergantung kepada punca masalah sakit pinggang anda. Individu yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada atau yang mengambil ubat-ubatan secara tetap perlu memberitahu doktor sebelum mencuba sebarang bentuk herba atau supplemen.

Diharapkan perkongsian artikel cara hilangkan sakit pinggang ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan

  1. Back pain. (2020, August 21). Retrieved September 05, 2020, from Healthline
  2. Hani, S. S., & Liew, S. M. (2018). The views and experiences of Malaysian primary care doctors in managing patients with chronic low back pain: a qualitative study. Malaysian family physician : the official journal of the Academy of Family Physicians of Malaysia13(1), 18–27.
  3. “Lower Back Pain Exercises” by PlanetSupplement is licensed under CC BY-NC-SA 2.0
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − five =