Apakah cara berkesan untuk hilangkan sakit tekak? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk menghilangkan sakit.
Simptom sakit tekak adalah salah satu gejala kesihatan yang sering terjadi dalam setiap individu sama macam simptom lain seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sebagainya.
Pada kebiasaannya sakit tekak merupakan simptom yang ringan dan jarang memerlukan pemeriksaan lanjut dan rawatan dari doktor. Namun pada sebahagian individu yang mengalaminya, ia mungkin menjadi cerita yang berbeza hingga tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan orang sekeliling akibat kesakitan yang dialami ketika hendak berbual malah ada juga yang terganggu tidurnya.
Simptom Selain Sakit Tekak
Gejala sakit tekak juga boleh disertai dengan simptom-simptom lain seperti :
- Hidung tersumbat
- Selesema
- Batuk
- Demam
- Sakit dan lenguh-lenguh badan
- Suara serak
- Sakit kepala
- Susah atau sakit ketika menelan
Punca Sakit Tekak
Jangkitan virus merupakan penyebab utama gejala ini. Menurut kajian 90% daripada kes sakit tekak berpunca daripada jangkitan virus.
Senarai jenis jangkitan virus yang boleh menjadi puncanya termasuk :
- Influenza
- Jangkitan virus yang menyerang organ badan seperti hidung , tekak dan paru-paru
- Demam Campak (Measles)
- Ia lebih terkenal dengan gelaran Demam Campak dalam masyarakat Malaysia.
- Individu yang dijangkiti virus ini biasanya mengalami simptom jangkitan paru-paru yang disertai dengan ruam pada kulit.
- Chickenpox
- Nama lainnya adalah cacar air.
- Ia berpunca daripada jangkitan Virus Varicella yang sememangnya sejenis virus yang mudah berjangkit.
- Jangkitannya boleh terjadi melalui medium sentuhan atau titisan cecair
( droplets ) - Perkongsian barang seperti pakaian atau tuala individu yang dijangkiti meningkatkan risiko rebakan jangkitan tersebut,
- Beguk (Mumps)
- Istilah beguk juga bukan merupakan sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia.
- Ia biasanya menyerang kalenjar parotid yang terletak pada bucu atas tepi leher lalu menyebabkannya membengkak dan disertai rasa sakit.
- Jangkitannya boleh tersebar melalui titisan dari mulut, hidung dan tekak.
- Antara gejala lain yang boleh turut serta termasuk demam, sakit kepala, kekeringan mulut dan hilang selera makan.
- Mononucleosis
- Nama gelarannya adalah Kissing disease ( Penyakit Kucupan )
- Ia adalah sejenis virus yang berjangkit dan merebak melalui medium cecair iaitu air liur.
- Selain itu, ia juga boleh berjangkit melalui perkongsian makanan atau minuman dalam bekas yang sama.
Antara punca-punca lain termasuk :
- Jangkitan bakteria
- Alergi – alahan
- Udara kering
- Habuk, Bahan kimia atau asap
- Kecederaan seperti terlekat tulang
- Gastrik
10 Cara untuk Hilangkan Sakit Tekak
Ini adalah beberapa cara yang anda boleh cuba untuk mengurangkan dan menghilangkan sakit tekak anda
1. Madu
Gabungan madu dan teh merupakan ramuan traditional utama bagi melegakan sakit tekak. Malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih berkesan berbanding ubat batuk.
2. Kumuhan Air garam
Kumuhan air garam secara berkala seperti 3 kali sehari membantu dalam penjagaan kebersihan ruang kaviti mulut dan tekak. Mencairkan kahak serta mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan tekak.
3. Minuman atau Makanan Sejuk
Percaya atau tidak rasa sakit tekak boleh dihilangkan dengan memakan aiskrim. Rahsia disebaliknya adalah kerana suhu sejuknya mengurangkan proses keradangan yang berlaku di kawasan rongga tekak serta membuatkan tekak sedikit kebas secara tidak langsung melegakannya.
4. Ubat Antasid
Untuk makluman anda, sakit tekak boleh terjadi apabila ruang tekak sering terdedah kepada cecair perut yang mengandungi asid terutamanya bagi mereka yang menghidapi gastrik. Hal ini menyebabkan rasa sakit tekak terjadi apabila berlakunya radangan pada lapisan tekak lalu menghasilkan rasa sakit.
Oleh itu, pengambilan ubat seperti antasid yang mengurangkan tahap asid dalam cecair perut membantu untuk mengurangkan keradangan itu daripada terjadi.
5. Merehatkan Peti Suara
Sakit tekak juga boleh terjadi bagi mereka yang banyak menggunakan suara seperti pensyarah, penyanyi, penceramah dan seangkatan dengannya. Ia adalah disebabkan penggunaan peti suara secara berlebihan.
Oleh itu, penjagaannya penting dan masa rehat yang cukup adalah penting bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan kadar optimum selain mengelakkan simptom sakit tekak.
6. Ubat Kemam
Antara contoh terkenal dalam dunia perubatan adalah “ Lozenges ” yang mengandungi bahan aktif bertindak dalam memberikan kesan kebas pada rongga tekak apabila anda mengemamnya.
Ia dijual dalam pelbagai bentuk dan mempunyai perisa yang berbeza-beza.
7. Semburan Difflam ( Difflam Spray )
Difflam spray adalah antara ubat yang paling berkesan dalam melegakan sakit tekak kerana ia mengandungi bahan aktif yang mengebaskan sesuatu kawasan serta bersifat anti-radang.
Ia sering digunakan oleh para pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan tonsil. Membantunya untuk menghilangkan rasa agar mampu untuk beristirehat dengan secukupnya dan mengurangkan kesakitan apabila tengah makan dan minum.
8. Pelembap Udara
Pelembap udara tidak kurang pentingnya kerana udara kering boleh menjadi salah satu faktor iritasi terhadap rongga tekak.
9. Meninggikan Bantal Ketika Baring Dan Tidur
Posisi ini mengurangkan risiko ruang tekak daripada terdedah pada kandungan asid dalam cecair perut.
10. Elakkan Sumber Iritasi
Pastikan anda bebas dari asap atau abu rokok, begitu juga dengan pembiakan kulat dalam kawasan kurang pengudaraan kerana ia boleh memberikan kesan terhadap tekak.
Akhir kata, langkah-langkah yang telah dinyatakan diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu anda melegakan simptom yang dihadapi dan perjumpaan dengan doktor mungkin perlu apabila ia tidak reda untuk suatu tempoh yang lama.
Bacaan Tips yang lain:
Rujukan:
- Natural Remedies for Sore Throat – Healthline
- Sore Throat – Mayoclinic
- Mononucleosis – Mayoclinic