Skip to content

10 Cara Hilangkan Batuk dengan Berkesan

Adakah anda sedang mengalami batuk berterusan yang menjengkelkan sehingga mengganggu anda untuk tidur? Atau anda mengalami batuk yang menyebabkan rasa tidak selesa di kerongkong? Artikel pada kali ini akan mengupas beberapa cara yang boleh anda cuba untuk hilangkan batuk.

Pengenalan

Batuk ialah refleks normal yang berperanan untuk membersihkan jangkitan, iritasi seperti asap dan lendir yang terdapat di saluran pernafasan anda. Namun, batuk yang berterusan semestinya akan mengganggu aktiviti harian serta dapat membuatkan anda merasa letih dan sakit dada.

Cara Hilangkan Batuk

Bergantung kepada punca yang menyebabkan batuk, terdapat pelbagai cara yang boleh anda cuba untuk melegakan atau mencegah batuk. Antaranya ialah:



1. Tinggikan kepala katil

Ketika anda baring, lendir atau iritasi akan lebih mudah mengalir ke kerongkong sehingga menyebabkan batuk. Oleh itu, anda boleh cuba untuk meninggikan paras kepala semasa tidur sama ada dengan cara menaikkan kepala katil atau menggunakan bantal di kepala.

2. Guna pelembap udara

Udara yang kering dan panas boleh menyebabkan iritasi pada tekak dan saluran pernafasan. Sebilangan orang juga batuk ketika menghidupkan pemanas udara pada musim sejuk. Ini terjadi disebabkan oleh pembebasan bahan pencemar yang terbentuk di saluran pemanasan itu.

Dengan menggunakan pelembap udara, ia akan menghasilkan kabut sejuk untuk mengekalkan kelembapan bilik anda. Ini juga membantu membuatkan tekak anda berasa lebih nyaman.



Cadangan Mesin Pelembab Udara Di Sini

3. Madu

Menurut beberapa kajian, madu dapat melegakan batuk. Seperti ubat batuk, madu mengandungi pelargonium, guaifenesian dan dextromethorphan. Bahan-bahan ini telah terbukti secara saintifik bahawa ia dapat melawan dan mengurangkan gejala batuk serta kahak.

Namun, anda dinasihatkan untuk tidak memberi madu kepada kanak-kanak berusia kurang daripada setahun kerana risiko untuk mendapat botulisme (penyakit oleh bakteria Clostridium botulinum yang menyerang bayi sehingga menyebabkan kelumpuhan badan dan menganggu otot serta sistem lain dalam badan).

4. Atasi masalah GERD

Baring selepas makan akan menyebabkan anda mengalami refluks asid atau Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) iaitu keadaan yang terjadi apabila asid perut mengalir ke dalam kerongkong anda. GERD ialah penyakit kronik dan merupakan salah satu penyebab batuk yang biasa terutama pada waktu malam. Untuk atasi GERD, terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang boleh anda cuba seperti:

Elakkan makanan yang boleh mencetuskan refluks asid seperti

  • Alkohol
  • Caffeine
  • Coklat
  • Buah-buah citrus
  • Makanan bergoreng atau berlemak
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Mint
  • Herba dan makanan pedas
  • Tomato
  • Jangan baring sekurang-kurangnya 2.5 jam selepas makan.
  • Tinggikan posisi kepala ketika baring.

5. Gunakan penapis udara di bilik tidur anda



Apabila sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan terhadap alergen, gejala alahan seperti batuk boleh berlaku. Alahan habuk adalah penyebab batuk yang lazim, terutamanya ketika waktu malam apabila anda terdedah kepada debu atau bulu haiwan peliharaan di tempat tidur.

Berikut adalah beberapa strategi untuk melindungi bilik tidur anda:

  • Tukar sarung bantal, selimut, dan sarung tilam secara berkala untuk mengurangkan dan mencegah hama habuk.
  • Cuci sarung tilam dengan menggunakan air panas sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Gunakan penapis udara di dalam bilik untuk menghilangkan alergen.
  • Jangan biarkan haiwan peliharaan di tempat tidur anda atau di bilik tidur anda.
  • Selalu vakum permaidani atau karpet.

Cadangan Penapis Udara Di Sini

6. Menghalau lipas

Air liur, najis, dan bahagian badan lipas boleh menyebabkan batuk dan gejala alahan lain. Menurut Pertubuhan Asthma dan Alergi Amerika, lipas adalah penyebab alahan dan serangan asthma. Anda boleh mencegah atau mengurangkan lipas di rumah dengan strategi berikut:

  • Tutup bekas makanan dengan rapat sehingga tidak dapat di hidu oleh lipas.
  • Hapuskan koleksi surat khabar dan majalah yang menyebabkan debu dan tempat lipas bersembunyi.
  • Gunakan spray pembasmi di tempat yang dikerumuni lipas.

7. Dapatkan rawatan untuk jangkitan sinus

Sinus yang tersumbat atau jangkitan sinus boleh menyebabkan drip post-nasal (lendir hidung berlebihan yang terhasil di bahagian belakang hidung dan mengalir ke bahagian belakang tekak) terutama ketika berbaring. Drip post-nasal ini boleh menyebabkan batuk. Sekiranya batuk pada waktu malam disebabkan oleh keadaan seperti jangkitan sinus, penting untuk anda mendapatkan rawatan. Anda mungkin memerlukan preskripsi dari doktor untuk mendapatkan antibiotik.

8. Rehat dan ambil ubat titis hidung



Batuk yang anda alami boleh juga terjadi jika anda demam selsema. Batuk anda mungkin menjadi teruk apabila tiba waktu malam. Untuk mengatasi batuk yang teruk, anda perlu berehat dan boleh cuba untuk mengambil makanan panas seperti sup ayam. Namun begitu, batuk teruk yang disebabkan oleh demam selsema boleh juga dirawat dengan ubat batuk. Ianya sesuai diambil oleh orang dewasa atau kanak-kanak berusia melebihi 6 tahun. Ubat titis hidung juga sesuai untuk golongan ini.

9. Merawat penyakit Asthma

Asthma menyebabkan saluran udara menjadi sempit dan meradang. Batuk adalah simptom asthma yang biasa. Anda mungkin memerlukan preskripsi ubat sedut untuk merawat asthma.

10. Berhenti merokok

Batuk kronik merupakan kesan sampingan merokok dalam jangka masa panjang. Ini bukan jalan keluar yang cepat, tetapi jika anda seorang perokok, berbincanglah dengan doktor mengenai program untuk membantu anda berhenti merokok. Dengan menghentikan tabiat merokok, batuk anda bukan sahaja akan bertambah baik, tetapi kesihatan keseluruhan badan juga akan lebih terjaga.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apa yang perlu dilakukan semasa batuk teruk?

Lazimnya, kebanyakan gejala batuk akan sembuh dengan sendiri. Namun, jika anda mengalami batuk malam yang teruk, ia mungkin tanda yang perlu anda ambil serius. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan batuk teruk seperti kegagalan jantung, penyakit pernafasan seperti radang paru-paru, COPD dan kanser paru-paru.

Bilakah perlu mendapatkan rawatan doktor?

Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera sekiranya mengalami batuk yang disertai gejala berikut:

  • Kahak berwarna hijau atau kuning dan berbau busuk
  • Menggigil
  • Dehidrasi
  • Demam panas melebihi 38°C
  • Demam melebihi 3 hari
  • Rasa lemah badan
  • Kahak berdarah
  • Susah bernafas

Semoga tips dan 10 cara hilangkan batuk yang kami kongsikan ini bermanfaat



Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:

  1. McDermott, A. (2051, June 23). Coughing At Night: 10 Ways to Help Relieve Your Cough. Retrieved August 22, 2020 – Healthline
  2. 12 natural cough remedies. (n.d.). Retrieved August 22, 2020 – Medical News Today
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + three =