Skip to content

Tangan Menggeletar: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah Tangan menggeletar dan Rawatannya?

Artikel ini akan menerangkan dengan lengkap berkenaan masalah tangan menggeletar, rawatan dan cara pencegahan

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Tangan Mengeletar
  3. Ujian Pengesanan Punca
  4. Rawatan
  5. Pencegahan

Hari ini saya berada di klinik sebagai Pegawai Perubatan yang bertugas. Klinik seperti biasa, memandangkan klinik ini adalah klinik kerajaan di tengah tengah kawasan berpenduduk padat, pesakit datang dan pergi tanpa putus. Sekejap sahaja sudah pukul 12 tengahari, namun bilangan pesakit yang menunggu di luar seperti tidak bergerak sejak jam 8 pagi tadi. Pelbagai pesakit saya jumpa, kebanyakannya pesakit darah tinggi dan kencing manis yang datang untuk temujanji. Alhamdulillah, kebanyakan pesakit saya mematuhi arahan makan ubat dan kadar gula serta tekanan darah tinggi terkawal, jadi tidak banyak isu yang dibincangkan.



Namun dalam hampir 60 pesakit yang saya temui hari ini, terdapat satu pesakit yang mencuri tumpuan saya. Beliau lelaki sihat berumur lingkungan 50an yang datang bukan kerana sakit atau demam, tetapi kerana satu simptom yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas. Beliau mengadu kedua belah tangannya terketar ketar pada waktu tertentu. Pada awalnya dia mengendahkan sahaja tangannya itu, namun dia mula risau apabila orang sekelilingnya mula bercakap mengenai penyakit Parkinson.

Adakah benar pesakit saya ini mempunyai Parkison’s disease?

Pengenalan


Tangan yang terketar ketar bukanlah sesuatu yang serius atau mengancam nyawa, namun ia boleh mengganggu tugasan seharian terutamanya mereka yang masih bekerja. Ia juga merupakan tanda tanda awal penyakit degenerative yang melibatkan sistem saraf yang biasa terjadi kepada mereka yang berusia.

Seperti pesakit saya tadi, ramai orang berpendapat bahawa tangan terketar ketar mempunyai kaitan dengan Parkinson’s disease. Namun, punca paling biasa yang menyebabkan tangan terketar ketar adalah essential tremor.

Essential tremor kerap dialami oleh orang dewasa tetapi doktor masih belum pasti akan keadaan ini. Ia mungkin terjadi disebabkan terjadinya kerosakan atau gangguan  fungsi normal pada bahagian sistem saraf seperti di cerebellum iaitu struktut otak. Essential tremor juga mungkin diwarisi dalam keluarga.



Doktor masih belum pasti mengapa terjadinya gangguan ataupun cara menghentikannya. Mereka juga belum pasti samada essential tremor merupakan penyakit degenerative yang dialami oleh orang berusian seperti Parkinson’s disease dan Alzheimer.

Punca Tangan Menggeletar


Mereka yang mengalami essential tremor mengalami tangan terketar ketar yang menjadi semakin teruk apabila mereka menggunakan tangan mereka. Mereka tidak mampu mengawalnya dan boleh mengganggu aktiviti.

Manakala bagi pesakit yang mempunyai Parkinson’s disease, tangan terketar ketar berlaku ketika tangan tersebut tidak digunakan dan apabila mereka menggerakkan tangan tersebut, ketarannya berkurang.

Antara sebab lain ialah:

  • Sawan. Sesetengah sawan boleh menyebabkan tangan anda terketar ketar tanpa ada sedar.
  • Masalah kelenjar thyroid. Bagi pesakit dengan kelenjar thyroid yang terlampau aktif (Hipertiroid), mereka juga boleh mengalami tangan terketar ketar.
  • Huntington’s disease. Ini adalah sejenis penyakit genetik yang jatang ditemui dan boleh menyebabkan tangan terketar ketar.
  • Kesan sampingan ubatan seperti ubat sawan, ubat asthma, dan ubat psikiatri.
  • Meminum kaffein berlebihan sepeti teh ataupun kopi boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan menyebabkan tangan terketar ketar.
  • Anxiety iaitu rasa gusar dan gelisah serta cemas
  • Kadar gula yang rendah terutama pesakit kencing manis yang tersalah makan ubat, kurang makan dan terlalu aktif.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian Pemeriksaan


Kebiasaannya doktor akan menyiasat sekiranya punca punca tangan menggeletar anda adalah sebab sebab di atas seperti ubatan yang anda ambil, dan diet anda. Sekiranya doktor mengesyaki penyakit lain selain essential tremor, anda mungkin memerlukan ujian lain.

  • Ujian fungsi kelenjar thyroid. Doktor akan mengambil darah anda bagi melihat jumlah hormon thyroid T3 dan memeriksa jika ia berada di tahap normal. Jika perlu, anda juga akan menjalani ujian ultrasound kelenjar thyroid.
  • Ujian darah bagi menentukan kadar gula. Doktor akan mencucuk hujung jari anda bagi memeriksa kadar gula dalam badan anda.
  • Jika doktor mengesyaki anda menghidapi penyakit Parkison’s disease, anda mungkin memerluka ujian radiologi seperti CT scan dan ultrasound struktur otak.

Rawatan Tangan Menggeletar


Kebanyakan orang menerima rawatan secara simptomatik iaitu rawatan untuk melegakan simptom yang dialami. Berikut merupakan ubat yang mungkin diberi doktor:

  • Beta blocker seperti propanolol, metoprolol dan atenolol. Ini adalah sejenis ubat yang digunakan dalam pesakit darah tinggi dan pesakit jantung.
  • Primidone dan gabapentin iaitu sejenis ubat yang biasa digunakan dalam sawan dan dalam masalah psikiatri yang lain.
  • Xanax atau aprazolam yang biasa digunakan oleh pesakit anxiety disorder dan panic disorder.
  • Botox iaitu suntikan ubat yang digunakan dalam otot di tangan anda.

Terdapat juga beberapa keadaan tangan terketar yang serius dimana doktor mengesyorkan anda menjalani pembedahan ataupun prosedur.



  • Deep brain stimulation. Ini adalah sejenis prosedur dimana electrodes iaitu alat pengecas eletrik diletakkan di dalam bahagian otak yang mengawal fungsi otak yang menyebabkan tangan terketar ketar. Satu alat lagi akan diletak di bawah kulit di bahagian dada dan mengalirkan signal eletrik kepada electrodes.
  • Thalamotomy ialah sejenis prosedur dimana doktor akan menggunakan gelombang bunyi radiofrekuensi di kawasan thalamus di otak bagi membaiki aliran elektrik di otak dan mengawal tangan terketar.

Cara untuk mengelakkan Tangan Menggeletar


Doktor juga akan menyarankan anda untuk melakukan sedikit pengubahsuaian dari segi aktiviti seharian anda bagi mengurangkan tangan terketar ketar.

  • Menggunakan alatan yang lebih berat termasuk pinggan, cawan dan sudu. Ini membolehkan tangan anda dapat mengawal objek tersebut dan tidak mudah jatuh.
  • Menggunakan alatan yang direka khas seperti alat tulis yang membantu anda mencengkam dan memegang dengan lebih baik.
  • Kurangkan pengambilan kafein seperti teh dan kopi serta alkohol bagi mengurangkan gangguan pada tangan anda.
  • Bincang dengan doktor anda untuk menukar ubat sekiranya ubat yang anda ambil menyebabkan tangan terketar ketar.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Treating Shaky Hands – Healthline
Advertisements

4 thoughts on “Tangan Menggeletar: Punca, Simptom dan Rawatan”

  1. tangan sy trketar² sehingga menganggu sy hendak menulis dan kerja seharian saya…mcm mme sy nk merawat penyakit sy nie??

    1. En kena mendapatkan pemeriksaan terlebih dahulu untuk mengetahui punca kepada masalah tangan menggeletar ini. Ia mungkin disebabkan masalah hipertiroid. Tetapi penting untuk mendapatkan pemeriksaan terlebih dahulu

  2. Assalamualaikum , saya nk tnya kenapa bila saya bermain game spt PUBG tiba-ii tgn sye jd menggeletar dan rse berdebar serta cemas . Perkara nie kerap berlaku bila sye bermain game . Boleh mohon terangkan ? Boleh trgkan cara atasinya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 − 9 =