Skip to content

10 Khasiat Saffron untuk Kesihatan

Saffron cukup dikenali kerana harganya yang tinggi di pasaran dunia. Tahukah anda khasiat saffron untuk kesihatan? Ayuh kita bincangkan dalam artikel kali ini.

Pengenalan

Tahukah anda bahawa saffron merupakan rempah paling mahal di dunia. Satu paun rempah boleh berharga antara $ 500 hingga $ 5000. Negara Iran adalah negara yang paling banyak menghasilkan saffron. Ia turut dikenali sebagai Za’faran atau nama saintifiknya crocus sativus. Rempah ini biasa didapati dalam menu masakan Timur Tengah.

Saffron ialah satu rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda, saffron juga disebut dalam hadis nabi, juga diamalkan dalam perubatan islam. Pelbagai kajian dan eksperimen telah dilakukan, bagi membongkar potensi herba unik ini. Terbukti saffron mampu meningkatkan kesihatan jantung, minda dan banyak lagi manfaat lain.

Kandungan Nutrisi



Berikut merupakan komposisi nutrisi untuk satu sudu teh saffron, bersamaan dengan 0.7g.

  • Kalori: 2kcal
  • Protein: 0.08g
  • Karbohidrat: 0.46g
  • Kolesterol: 0mg
  • Kalsium: 1mg
  • Zat Besi:0.08mg
  • Magnesium: 2mg
  • Fosforus: 2mg
  • Potassium:12mg
  • Sodium:1mg
  • Zink: 0.01mg
  • Vitamin C: 0.6mg
  • Thiamin: 0.001mg
  • Riboflavin: 0.002mg
  • Niacin: 0.01mg
  • Vitamin B9: 0mcg

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bahan Berkhasiat dalam Saffron

Saffron kaya dengan zat antioksidan yang sangat berperanan untuk melindungi sel- sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas dan stres oksidatif. Crocin, crocetin dan safranal merupakan senyawa antioksidan yang memberikan efek antioksidan pada saffron.

Crocin dan crocetin merupakan pigmen karotenoid yang memberikan warna jingga kemerahan pada bunga saffron. Keduanya disebut memiliki sifat antidepresi yang memberi perlindungan pada sel-sel otak dari sebarang kerosakan. Tambahan pula, banyak kajian membuktikan kesannya dalam meredakan peradangan, mengawal nafsu makan yang juga membantu penurunan berat badan.

Safranal pula merupakan zat yang memberikan rasa serta aroma khas pada saffron. Ada juga yang mengaitkan manfaat saffron untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi pembelajaran.

10 Khasiat Saffron untuk Kesihatan

1. Meningkatkan Tahap Kesihatan Kardiovaskular



Kajian dengan kaedah tabung uji menunjukkan sifat antioksidan terkandung dalam saffron, ia memberi kesan positif pada paras kolesterol. Antioksidan juga boleh mencegah penyumbatan saluran darah dan arteri. Rempah ini juga kaya dengan thiamin dan riboflavin. Bahan ini membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan cara menguatkan sistem peredaran darah tubuh.

Oleh kerana sifat antioksidannya, saffron membantu mengekalkan tahap kesihatan arteri dan saluran darah pada tahap yang optimal. Sifat anti-radang saffron juga memberi manfaat kepada jantung. Crocetin yang terkandung dalamnya secara tidak langsung mengawal kadar kolesterol darah serta mengurangkan keparahan aterosklerosis.

2. Mencegah Kanser

Kanser telah banyak menyebabkan kematian bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Dalam bidang perubatan saffron diketahui potensinya sebagai anti-kanser. Saffron kaya dengan antioksidan, yang membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya. Kerosakan akibat radikal bebas telah dikaitkan dengan penyakit kronik, termasuklah kanser. 

Manfaat saffron ini dibuktikan mellaui kajian tabung uji. Bahan rempah ini membunuh sel kanker usus besar dengana cara membantutkan pertumbuhannya, manakala sel- sel normal tidak menerima sebarang kesan negatif.  Kesan ini juga berlaku pada sel- sel di bahagian lain seperti kulit, sumsum tulang, prostat, paru-paru, payudara, rahim dan beberapa sel kanser lainnya.

3. Mengurangkan simptom prahaid

Simptom prahaid atau juga dikenali sebagai Premenstrual syndrome (PMS) merupakan masalah kesihatan yang menjadi kebiasaan dalam kalangan wanita terutanya di usia reproduktif. Ianya adalah istilah yang menggambarkan gejala fizik, emosi, dan psikologi yang terjadi sebelum tempoh menstruasi  bermula. Kajian menunjukkan manfaat saffron dapat mengubati gejala PMS ini. Hasil kajian mendapati saffron efektif melegakan simptom prahaid, kesan signifikan boleh dilihat dalam penurunan gejala haid dala kalangan subjek yang menerima 30 mg kapsul saffron setiap hari selama sekurang- kurangnya 6 bulan.

Ubat-ubatan herba yang mengandungi saffron didapati memberi kelegaan kepada wanita yang mengalami senggugut ringan. Kajian ini disimpulkan dengan menyatakan perlunya lebih banyak ujian klinikal untuk menentukan keberkesanan saffron untuk manfaat ini.



4. Merawat Kemurungan

Kemurungan adalah sejenis penyakit di dalam masyarakat hari ni yang kian meningkat hari demi hari. Sebagai tumbuhan terapeutik, saffron secara signifikan efektif dalam merawat gejala depresi atau kemurungan yang di tahap ringan dan sederhana. Terdapat penelitian menemukan, mengambil 30 mg saffron setiap hari sama efektifnya dengan mengambil Fluoxetine, Imipramine, dan Citalopram (ubat konvesional untuk merawat ‘stress’). Kebaikan lainnya adalah, saffron memberi kesan sampingan yang lebih sedikit berbanding pengubatan lain.

Kajian lain juga mengakui mengonsumsi bunga saffron atau ekstraknya selama 6 – 12 minggu boleh mengurangi gejala kemurungan yang agak berat. Dinyatakan juga zat crocin yang terkandung di dalam saffron boleh menurunkan gejala lebih baik daripada ubat antidepresi.

5. Terapi untuk penyakit Alzheimer

Saffron memiliki sebatian antioksidan yang digelar crocin. Antioksidan dari saffron ini dapat meningkatkan fungsi kognitif pada orang dewasa dengan penyakit Alzheimer. Ianya berperanan melindungi tubuh dari gangguan yang mempengaruhi sistem saraf.

Penelitian pada tahun 2015 menunjukkankan sebatian crocin, tampaknya mampu mengurangi peradangan dan tekanan oksidatif yang tertumpu di bahagian otak. Ini mempamerkan kelebihan saffron dalam mengatasi gejala penyakit Alzheimer kerana kesan antioksidan dan anti-inflamasi yang dimilikinya.

Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mempunyai perspektif terperinci mengenai kesan saffron pada sistem saraf manusia.

6. Berfungsi sebagai ‘afrodisiak’



Afrodisiak merujuk kepada makanan atau suplemen yang membantu meningkatkan libido. Penelitian menunjukkan saffron memiliki khasiat afrodisiak. Analisis dari pelbagai penelitian menunjukkan, mengonsumsi saffron secara signifikan meningkatkan fungsi ereksi dan libido. Namun tiada perubahan direkodkan pada fizikal air mani.

Melalui kajian makmal, sebatian crocin dalam saffron sekali lagi bermanfaat untuk meningkatkan tingkah laku seksual pada tikus jantan. Ini dapat meningkatkan frekuensi ereksi pada tikus (21).

Selain itu, Saffron didapati efektif dalam meningkatkan kualiti sperma pada lelaki yang tidak subur. Namun adalah disarankan agar kajian dilanjutkan, melibatkan ukuran sampel yang lebih besar untuk menjelaskan potensi peranan saffron dalam merawat kemandulan lelaki.

7. Merawat Penyakit Asma

Penyakit asma adalah salah satu penyakit yang menyerang bahagian pernafasan seseorang. Ianya sebuah penyakit untuk jangka masa panjang atau kronik. Masalah pada saluran pernafasan ditandai dengan peradangan dan penyempitan saluran pernafasan, lalu menimbulkan gejala seperti sesak nafas.

Selain itu penderita penyakit asma juga biasanya mengalami gejala lain iaitu nyeri dada dan batuk. Penyakit asma ini boleh dihadapi oleh semua golongan baik muda ataupun tua.

Komponen aktif dari Saffron seperti Safranal dan Crocin berfungsi sebagai anti-inflamasi dan antioksidan untuk membantu mengurangi peradangan di bahagian paru-paru. Hal ini membolehkan lebih banyak udara untuk melewati paru-paru, lalu memudahkan pernafasan.

8. Baik untuk Kesihatan Mata



Tahukah anda, seiring dengan usia kesihatan mata kita juga terjejas. Degenarasi makular merupakan antara penyakit mata yang mudah menyerang mereka yang lebih berusia sekitar 60 tahun ke atas.

Manfaat saffron juga melindungi dari radikal bebas yang menyebabkan peningkatan risiko pelbagai penyakit. Terutamanya masalah kesihatan yang berkait dengan masalah mata ini. Kajian- kajian mendapati pengambilan crocetin di dalam saffron, sejenis antioksidan memberi kesan perlindungan pada retina mata serta mencegah dari kegagalan funsi retina yang membahayakan.

9.  Membantu dalam Penurunan Berat Badan

Selanjutnya, manfaat saffron dapat membantu mengurangi nafsu makan. Dalam satu kajian, wanita yang mengamalkan suplemen saffron cenderung untuk merasa lebih kenyang, lebih jarang ’snacking’, dan kehilangan berat badan secara signifikan lebih banyak daripada wanita dalam kelompok plasebo.

10. Meningkatkan imuniti tubuh

Saffron kaya dengan karotenoid yang mempengaruhi imuniti. Satu kajian yang dilakukan pada lelaki yang sihat menunjukkan bahawa penggunaan saffron setiap hari, kira-kira 100 mg boleh memberi kesan untuk meningkatkan kekebalan tubuh.

Terdapat saranan bagi mereka yang ingin mengamalkan saffron dalam diet seharian, seeloknyaa diminum pada waktu pagi dan malam, dengan mencampurkan sekitar 3 helai saffron ke dalam secawan air hangat.

Kesimpulannya, Saffron yang berharga ini tinggi dengan antioksidan dan khasiat. Walaubagaimanapun, penggunaan saffron untuk merawat penyakit perlulah dibawah pengawasan doktor. Tidak boleh seseorang itu berhenti ubat semata-mata untuk mengambil herba ini



Khasiat Makanan yang Lain

Khasiat LatokKhasiat Rumpai Laut
Khasiat SaffronKhasiat Manjakani
Khasiat HalbaKhasiat Kulit Kayu Manis
Khasiat TemulawakKhasiat Ubi Keledek
Khasiat Teh HijauKhasiat Bunga Telang
Khasiat Habbatus SaudaKhasiat Beras Perang
Khasiat TempeKhasiat Jintan Manis
Khasiat Lada HitamKhasiat Kopi
Khasiat Cuka EpalKhasiat Minyak Ikan
Khasiat Kacang KudaKhasiat Buah Pelaga

Rujukan

  1. Kesan Kardiovaskular Saffron: Kajian Berdasarkan Bukti, Jurnal Pusat Jantung Universiti Tehran, Perpustakaan Perubatan Nasional AS, Institut Kesihatan Nasional.
  2. Agha-Hosseini, M., Kashani, L., Aleyaseen, A., Ghoreishi, A., Rahmanpour, H., Zarrinara, A. R., & Akhondzadeh, S. (2008). Crocus sativus L. (saffron) in the treatment of premenstrual syndrome: a double-blind, randomised and placebo-controlled trialBJOG : an international journal of obstetrics and gynaecology115(4), 515–519.
  3. Kesan ubat herba Iran terhadap senggugut primer: percubaan terkawal klinikal, Journal of Midwifery & Women’s Health, US National Library of Medicine, National Institutes of Health.
  4. Finley, J. W., & Gao, S. (2017). A Perspective on Crocus sativus L. (Saffron) Constituent Crocin: A Potent Water-Soluble Antioxidant and Potential Therapy for Alzheimer’s Disease. Journal of agricultural and food chemistry65(5), 1005–1020. https://doi.org/10.1021/acs.jafc.6b04398
  5. Kesan saffron, Crocus sativus stigma, ekstrak dan konstituennya, safranal dan crocin terhadap tingkah laku seksual pada tikus jantan normal, Phytomedicine, US National Library of Medicine, National Institutes of Health.
  6. Mashmoul, M., Azlan, A., Khaza’ai, H., Yusof, B. N., & Noor, S. M. (2013). Saffron: A Natural Potent Antioxidant as a Promising Anti-Obesity Drug. Antioxidants (Basel, Switzerland), 2(4), 293–308.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − fifteen =