Skip to content

Hidung Tersumbat: Punca dan Cara Melegakan-nya

Apakah punca kepada masalah hidung tersumbat dan rawatannya?

Artikel ini akan menerangkan dengan lengkap punca kepada masalah hidung tersumbat berserta rawatannya

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca
  3. Rawatan Hidung Tersumbat
  4. Bila perlu berjumpa Doktor?

Pengenalan


Hidung tersumbat merupakan salah satu keadaan yang selalu dialami dalam masyarakat. Semua peringkat umur akan menghadapi masalah ini terutamanya mereka yang masih kecil.



Ia merupakan salah satu simptom yang berlaku disebabkan masalah lain seperti jangkitan virus.Masalah ini selalunya akan diikuti dengan simptom yang lain seperti:

  • Selalu bersin
  • Hidung gatal
  • Hidung berair atau pun berhingus

Rawatan dirumah selalunya sudah memadai untuk merawat masalah ini kerana selalunya ia disebabkan jangkitan virus yang akan baik dengan sendirinya. Akan tetapi jika masalah ini berterusan dan kerap berlaku, anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lanjut

Punca dan sebab hidung tersumbat


Hidung menjadi tersumbat apabila berlaku penghasilan hingus yang banyak dan kawasan dalam hidung meradang. Perkara tersebut menyebabkan laluan udara menjadi sempit ditambah lagi dengan hingus yang banyak, ia akan menyebabkan simptom ini berlaku

Perlu diketahui majoriti punca yang menyebabkan masalah ini adalah disebabkan jangkitan kuman. Ia akan baik dengan sendirinya setelah beberapa hari. Akan tetapi, terdapat juga punca lain yang menyebabkan perkara ini berlaku. Ia adalah:

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan untuk melegakan hidung tersumbat


Selalunya pesakit tidak akan mendapatkan rawatan ataupun ubat untuk meredakan simptom ini kerana selalunya ia boleh baik dengan sendirinya.Tetapi kami ada berikan beberapa tips untuk menangani masalah tersebut.



1. Rawatan di rumah

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk melegakan masalah ini di rumah. Ia adalah:

  • Gunakan mesin pelembab udara (humidifier): Ia bertujuan untuk mencairkan hingus yang ada supaya ia boleh turun masuk ke dalam tekak. Jika anda mempunyai asma, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan mesin ini
  • Tinggikan kepala sedikit bila baring supaya hingus tersebut boleh turun mengikut graviti
  • Titisan air garam yang didapat di farmasi boleh digunakan untuk mencairkan hingus
  • Anda juga boleh menggunakan alat untuk menyedut hingus

2. Ubat selesema

Terdapat beberapa jenis ubat selesema yang boleh digunakan untuk melegakan simptom ini. Berapa jenis ubat itu adalah:

  • Ubat anti-histamine yang berfungsi untuk mengurangkan alahan jika seseorang itu mengambilnya.
  • Semburan steroid: Jika seseorang itu mengalami resdung yang teruk, doktor mungkin akan mengesyorkan penggunaan semburan steroid ini.
  • Antibiotik: Jika pesakit disyaki mengalami jangkitan sinus, maka penggunaan antibiotik diperbolehkan

3. Ubat Hidung Tersumbat(decongestant)

Ubat bertindak dengan cara menyebabkan pengecutan saluran darah dibahagian hidung. Ini menyebabkan kurang darah mengalir dibahagian hidung dan penghasilan hingus pun akan berkurangan. Saluran hidung semakin terbuka kerana kurangnya pembengkakan di bahagian hidung.

Ubat ini selalunya mempunya kombinasi dengan ubat anti-histamine. Contoh ubat tersebut adalah Clarinase iaitu merupakan gabungan loratadine iaitu ubat anti-histamin dan juga pseudoepidherine iaitu ubat decongestant.

Bila perlu berjumpa dengan doktor?


Selalunya pesakit tidak berjumpa dengan doktor untuk masalah ini kerana ia boleh baik dengan sendiri. Tetapi jika anda mempunyai beberapa keadaan ini, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor. Ia adalah:



  • Hidung tersumbat selama lebih daripada 10 hari
  • Hidung tersumbat berserta demam dinggi yang tinggi
  • Hidung mengeluarkan nanah berserta kawasan muka yang sakit
  • Sesak nafas

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Mayo Clinic Staff. (2016, February 26). Nasal congestion.
  2. Rudmik, L., & Brunworth, J. (2015, February 17). Snoring and nasal congestion.

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + seven =