Apakah punca kepada demam berpanjangan dan rawatannya?
Artikel ini akan menceritakan berkenaan masalah ini, punca-puncanya, cara untuk mengenal pasti punca dan juga rawatan.
Isi Kandungan |
Daniel merupakan anak abang saya. Anak sulung, jadi sedikit manja dengan orang di sekelilingnya. Dia juga cucu sulung jadi buah hati setiap ahli keluarga kami. Sewaktu dia masih membesar dalam perut ibunya, kasih sayang dan perhatian yang diterima sudahpun melimpah. Sebut sahaja apa yang ibunya teringin makan, bukan setakat abang saya malahan kami semua pun turut mencari. Apabila dia lahir, habis dicanang satu kampung akan kecomelannya. Telatahnya sangat mencuit hati, lembut budi bahasanya seperti didikan orang tuanya.
Waktu itu, umurnya sudah mencecah 3 tahun. Sudah berlari melompat ke sana sini. Namun dia kerap demam. Sikit sikit sahaja demam. Bawa pergi ke klinik, doktor bagi ubat demam sahaja. Kemudian demamnya kebah. Beberapa minggu, dia demam lagi. Juga sembuh dengan ubat demam. Lama lama seperti sudah biasa dia demam, timbul juga kerisauan dalam hati kami, tapi melihat telatahnya yang aktif seperti biasa, kami berfikiran yang baik baik sahaja. Biasalah, kanak kanak mahu membesar, pasti ada jatuh dan sakit. Untuk melatih badan jadi kuat, kata orang tua tua.
Sampai satu masa, demamnya semakin kerap dan dia semakin lesu. Tidak seceria dulu cuma selalu tidur dan merengek seperti ada yang mengganggu. Bila dibawa ke hospital, kali ini demam ini tidak kebah dengan ubat demam. Setelah diperiksa, darahnya diambil, siapa sangka demam yang disangka biasa biasa itu sebenarnya tanda awal dia menghidap leukemia, iaitu kanser sel darah putih.
Pengenalan
Demam berpanjangan yang tidak diketahui punca dipanggil sebagai fever of unknown origin dalam istilah medikal. Demam ini mencapai suhu 38.3 darjah selsius dan boleh berlarutan selama beberapa minggu dan kerap datang dan pergi. Kebanyakan masanya, doktor juga tidak dapat mengenal pasti puncanya.
Terdapat beberapa jenis demam berpanjangan.
- Klasik. Demam jenis ini sering dialami oleh mereka yang sebelum ini sihat. Ia merupakan demam yang berpanjangan selama 3 minggu. Sesetengah jangkitan ataupun kanser seperti leukemia boleh menyebabkan demam berpanjangan. Selain itu, sesetengah penyakit autoimmune penyakit connective tissue juga boleh menyebabkannya seperti SLE.
- Nosocomial. Ia bermaksud demam berpanjangan yang berasal dari hospital. Kebiasaannya, pesakit dimasukkan ke hospital atas sebab lain seperti melalui pembedahan contohnya, namun mereka mula demam setelah beberapa hari di wad. Antara sebabnya ialah darah beku di paru paru, radang pada usus, sinusitis, darah beku dalam betis dan paling kerap adalah jangkitan pada salur darah yang menjadi tempat cucuk jarum.
- Immune-deficient. Demam ini biasa dialami oleh mereka yang mempunyai sistem imun badan yang lemah seperti mereka yang menjalani rawatan kemoterapi. Mereka lebih terdedah kepada risiko jangkitan.
- HIV associated. Pesakit HIV boleh mengalami demam berpanjangan kerana itu adalah sebahagian simptom jangkitan HIV. mereka juga demam kerana jangkitan HIV menyebabkan mereka mudah untuk mendapat jangkitan berbanding orang normal.
Punca demam berpanjangan
Punca demam berpanjangan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
- Jangkitan seperti tuberculosis, mononucleosis, Lyme disease, endocarditis
- Radang seperti dalam penyakit autoimmune seperti SLE, rheumatoid arthritis, inflammatory bowel disease
- Kanser seperti lymphoma(kanser kelenjar), leukemia, kanser pankreas, kanser tulang
- Lain lain seperti setengah ubat-ubatan, masalah kelenjar thyroid
Cadangan termometer yang bagus
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini
Simptom demam berpanjangan
Selain demam yang berpanjangan, anda juga mengalami simptom tambahan yang lain:
- Demam 38.3 darjah celcius bagi bayi dan 37.5 darjah celcius bagi dewasa
- Berpeluh peluh
- Rasa sejuk
- Sakit kepala
- Sakit sendi dan badan
- Rasa lemah badan
- Sakit tekak
- Lesu
- Batuk
- Ruam pada kulit
- Kesukaran bernafas
- Hidung tersumbat
Ujian pengesanan punca
Dalam kebanyakan kes, doktor akan menunggu dan merawat secara simptomatik bagi demam yang tidak mempunyai tanda tanda merbahaya. Apabila demam berpanjangan, doktor akan melakukan beberapa pemeriksaan dan ujian dengan lebih lanjut.
Doktor akan bertanya sekiranya anda ada sejarah melawat luar negara, dan sejarah perubatan keluarga anda. Doktor juga akan menjalankan beberapa ujian spesifik.
- Ujian darah bagi memeriksa sel darah putih, parameter bagi penyakit autoimmune, sel darah merah dan jumlah hemoglobin
- Culture test adalah sejenis ujian dimana doktor akan mengambil sample darah, air kencing dan kahak untuk memeriksa kehadiran bakteria, dan kulat. Ujian ini mengambil masa hari hingga ke minggu.
- Ujian radiologi seperti Xray dan ultrasound bagi melihat paru paru dan injap jantung sekiranya doktor mengesyaki anda mempunyai endocarditis( jangkitan pada injap jantung).
- Ujian biopsi dari biji limfa yang bengkak seperti dalam penyakit lymphoma dan jangkitan yang lain
Rawatan demam berpanjangan
Rawatannya bergantung kepada punca yang disebut diatas.
- NSAIDs merupakan ubat anti radang dan ubat demam yang sering digunakan di hospital dan klinik. Ia dapat mengurangkan demam dan mengawal radang yang menyebabkan demam.
- Antibiotik terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah sistem imunisasi yang lemah. Ini bertujuan untuk membunuh jangkitan dan melindungi badan mereka dari jangkitan lain.
- Anti retroviral therapy bagi pesakit HIV bagi mengawal jumlah virus dalam badan dari memusnahkan sel imun. Mereka juga memerlukan anitibiotik bagi melawan jangkitan lain seperti jangkitan paru paru.
- Ubat Penyakit Tibi bagi pesakit yang sedang mengalami jangkitan tibi
Demam berpanjangan dalam kanak kanak
Demam juga sering dialami oleh kanak kanak. Mereka juga mempunyai gejala yang berikut seperti:
- Kurang aktif
- Tidak mahu makan dan minum
- Merengek
- Badan panas
Jika demam anak anda hanya demam tahap rendah, anda boleh memberikan ubat demam yang boleh didapati di farmasi dengan mematuhi arahan yang tepat. Namun, jika demam terlalu panas dan anak anda mempunyai gejala tambahan seperti di bawah, segera bawa berjumpa doktor.
- Menangis tidak henti
- Susah bernafas
- Ruam pada kulit
- Tidak sedarkan diri
- Tidak boleh menelan
- Sakit leher
Tanda tanda bahaya dalam demam berpanjangan
Demam berpanjangan boleh sembuh dengan sendirinya namun ia juga boleh memberi tanda kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti kanser. Jika anda mempunyai tanda tanda bahaya di bawah, anda harus segera berjumpa doktor anda:
- Leher sakit atau kejang
- Tidak sedarkan diri
- Sakit dada
- Kesukaran bernafas
- Kesukaran menelan
- Muntah dengan banyak
Cadangan termometer yang bagus
Pembacaan bagi masalah yang lain
Rujukan:
- Fever of unknown origin-healthline